top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

778,000 Menganggur Pada Julai 2021, Kadar 4.8 Peratus




Jumlah penganggur meningkat sedikit kepada 778,000 pada Julai 2021, namun kadar pengangguran kekal pada 4.8 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Ketua Perangkawan Malaysia berkata Julai lalu menyaksikan bilangan guna tenaga terus menurun namun pada kadar yang perlahan manakala pengangguran merekodkan sedikit peningkatan.


katanya pada awal bulan itu, seluruh negara beralih ke Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengambil kira faktor peningkatan berterusan jumlah kes baharu COVID-19 dan kadar vaksinasi yang semakin tinggi.


"Kemudiannya, secara berperingkat sebanyak lapan negeri beralih ke Fasa 2 PPN dengan pelonggaran sekatan yang membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi beroperasi mengikut pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).


"Hal ini membawa kepada beberapa kesan positif terhadap ekonomi dan seterusnya kepada kedudukan tenaga buruh di negeri-negeri terbabit," kata Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan media pada 9 September 2021/Khamis.


Beliau bagaimanapun berkata, lapan negeri dengan liputan sekitar 52 peratus tenaga buruh di Malaysia masih kekal berada dalam Fasa 1 PPN pada bulan berkenaan.


Katanya bagi Selangor dan Kuala Lumpur pula, sebahagian besar daerah dan lokaliti di kedua-dua negeri ini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 3 hingga 16 Julai 2021 yang menyebabkan aktiviti ekonomi serta perkhidmatan tidak penting dihentikan seketika.

"Justeru, penurunan bulan ke bulan yang lebih kecil iaitu sebanyak 0.02 peratus dalam bilangan penduduk bekerja dicatatkan pada Julai 2021 kepada 15.29 juta orang, dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk kekal pada 65.0 peratus.


"Sebaliknya, bilangan penganggur meningkat sedikit sebanyak 1.2 peratus kepada 778,200 orang," jelas beliau.


Semua sektor mencatatkan penurunan bulan ke bulan kecuali sektor perkhidmatan dengan perubahan positif yang kecil setelah merekodkan penurunan pada bulan sebelumnya.


Perkhidmatan makanan & minuman; pengangkutan & penyimpanan; dan maklumat & komunikasi adalah antara penyumbang utama kepada pertumbuhan positif dalam sektor perkhidmatan.




8 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page