top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

AirAsia Tawar Diskaun 30 Peratus ke Sarawak


Foto oleh Sarawak Tourism Board


AirAsia menyambut baik pengumuman oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) untuk melonggarkan keperluan perjalanan ke Sarawak, yang memudahkan ribuan rakyat Sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia untuk pulang ke kampung halaman.

Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam kenyataan media pada 19 Oktober 2021/Selasa berkata sehubungan itu AirAsia menyatakan komitmen untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memberikan mereka pengalaman perjalanan yang selamat dan berharap untuk membawa lebih ramai pelancong ke Sarawak.


Riad Asmat berkata sempena pembukaan semula perjalanan antara negeri ke Sarawak, para tetamu dapat menikmati diskaun 30% untuk semua tempat duduk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.


Penerbangan sedia ditempah di airasia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’ dari sekarang hingga 24 Oktober 2021 untuk tempoh perjalanan dari 25 Okt 2021 hingga 31 Mei 2022. Para tetamu yang mempunyai Akaun Kredit juga boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan ini.


Berikut adalah kenyataan media penuh berkenaan:


AirAsia menyambut baik pengumuman oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) untuk melonggarkan keperluan perjalanan ke Sarawak, yang memudahkan ribuan rakyat Sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.


AirAsia sehubungan itu menyatakan komitmen untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memberikan mereka pengalaman perjalanan yang selamat dan berharap untuk membawa lebih ramai pelancong ke Sarawak.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Pelancongan adalah salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi, merangkumi 15% daripada KDNK nasional dan hampir 8% untuk Sarawak sahaja.


Di samping menyediakan pekerjaan untuk lebih daripada 240,000 orang, iaitu hampir 20% daripada keseluruhan tenaga kerja di Sarawak. Sejajar dengan peralihan seluruh negara ke tahap seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara dan disokong oleh kadar vaksinasi yang tinggi di Sarawak, keputusan kerajaan negeri adalah tepat pada masanya dan kami akan terus komited dan memberikan sokongan penuh untuk pembukaan dan penyambungan semula aktiviti perjalanan dan pelancongan di Sarawak.


AirAsia mengalu-alukan keputusan ini dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan SDMC, kementerian dan agensi berkaitan di Sarawak.


“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri atas kejayaan program vaksinasi yang kini membolehkan rakyat membuat perjalanan domestik dengan lebih selamat.


AirAsia ingin memberi jaminan bahawa kami telah melaksanakan standard keselamatan tertinggi sebagai sebahagian daripada rancangan mitigasi Covid-19 kami termasuklah hanya menerima tetamu yang divaksin sepenuhnya, mewajibkan daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang telah diintegrasikan dengan rekod vaksinasi daripada MySejahtera.”


Sempena pembukaan semula perjalanan antara negeri ke Sarawak, para tetamu dapat menikmati diskaun 30% untuk semua tempat duduk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.


Penerbangan sedia ditempah di airasia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’ dari sekarang hingga 24 Oktober 2021 untuk tempoh perjalanan dari 25 Okt 2021 hingga 31 Mei 2022. Para tetamu yang mempunyai Akaun Kredit juga boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan ini.


Riad turut berkata bahawa AirAsia akan terus bekerjasama rapat dengan semua badan kawal selia, kerajaan persekutuan dan negeri yang berkaitan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan untuk memastikan standard pematuhan tertinggi bagi setiap penerbangan yang dikendalikan.


AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama satu tahun setengah untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya.


Demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya, AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya.


Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. AirAsia menerajui sistem tanpa sentuhan dengan mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App untuk semua tetamu.


Selain boleh mengesahkan dokumen kesihatan secara segera melalui integrasi dengan aplikasi MySejahtera, sistem canggih ini juga membolehkan mereka melalui proses perlepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik (e-Boarding Pass), yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan kami seperti sentuhan pas masuk menggunakan kertas dan merupakan salah satu kunci untuk membendung penyebaran Covid-19 dan virus lain.


Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 20 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat.


AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain.


Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.


“Untuk kemudahan dan ciri keselamatan tambahan, AirAsia juga akan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES tidak lama lagi untuk menyediakan pengalaman perjalanan digital dan tanpa kertas bagi meminimumkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan kami.


Sistem ini akan mula dilancarkan di klia2 pada November, sebelum diikuti oleh semua lapangan terbang lain di Malaysia termasuk Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.


“FACES akan menjadikan proses pelepasan lebih pantas dan efisien dan kami menyeru semua untuk mendaftar sebagai pengguna FACES sekarang dengan hanya beberapa langkah mudah di airasia Super App.


Apabila anda tiba di lapangan terbang, anda hanya perlu pergi ke mana-mana kaunter perkhidmatan untuk mengesahkan pendaftaran FACES dengan dokumen perjalanan anda dan anda tidak perlu lagi menggunakan sebarang dokumen di atas kertas untuk penerbangan seterusnya” tambah Riad.


Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri dan cara untuk mengesahkan sijil vaksinasi, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini.


Untuk membuat perubahan penerbangan, klik di sini untuk menghubungi AVA, dan untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus.


Ikuti perkembangan dan tawarkan terkini airasia Super App di @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.


9 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page