top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Apa Nasib Pesawat Terbesar Dunia Antonov AN-225?


Sumber Foto: Twitter


GLOBAL | Pesawat terbesar dunia Antonov, AN-225, didakwa musnah semasa Russia menyerang Ukraine, menurut para pegawai Ukraine.

Pesawat dikenali sebagai ‘Mriya’ atau bermakna ‘impian’ yang diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kyiv diserang Russia, kata pihak berkuasa Ukraine sambil menambah mereka akan membaik pulih pesawat tersebut.


“Rusia mungkin telah memusnahkan Mriya. Namun mereka tidak dapat memusnahkan impian kami yang kuat, kebebasan dan demokrasi negara Eropah. Kami perlu menang,” kata Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menerusi akaun Twitternya seperti dipetik CNN.




Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai kemusnahan pesawat tersebut.


Kenyataan daripada Antonov Company di Facebook berkata, ia tidak dapat mengesahkan ‘keadaan teknikal’ pesawat tersebut sehingga para pakar memeriksanya.





Menurut kenyataan syarikat pertahanan Ukraine, Ukroboronprom yang mengendalikan pesawat itu, Mriya telah musnah dan boleh dibina semula dan ia perlu ditanggung Rusia pada kos AS$3 bilion.


“Membaik pulih dianggarkan menelan belanja lebih AS$3 bilion untuk tempoh lima tahun,” kata kenyataan itu.


“Tanggungjawab kami ialah memastikan kos tersebut dibayar Rusia yang menyebabkan kerosakan yang dilakukan dengan sengaja kepada sektor penerbangan dan kargo Ukraine.


Dalam kenyataan terbaharu, syarikat tersebut berkata, pesawat yang berada di darat itu sedang menjalani penyelenggaraan berhampiran Kyiv pada 24 Februari 2022/Khamis.


“Menurut pengarah Antonov Airlines, salah sebuah enjin dibuka untuk dibaiki dan pesawat tersebut tidak dapat berlepas pada hari tersebut walaupun arahan yang sewajarnya telah diberi,” katanya.


Tentera Rusia mendakwa menawan lapangan terbang Hostomel di mana pesawat AN-225 berada pada 25 Februari 2022/Jumaat lalu.




16 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page