top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Awas, Chlorophyllum Molybdites spesies beracun seakan cendawan busut




Spesies cendawan beracun. - Gambar Facebook PHM


Spesies cendawan Chlorophyllum Molybdites yang seakan sama seperti cendawan busut antara penyebab kejadian keracunan sering berlaku berkaitan cendawan, kata Public Health Malaysia.

Katanya hal ini kerana toksin atau racun daripada cendawan liar tersebut boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit.


“Selain itu, ia menyebabkan celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala.


“Malah sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury). Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian,” kata hantaran pada Facebook pada 14 Julai 2023.


Sehubungan itu, pihak tersebut memberi peringatan supaya berhati-hati memetik cendawan yang tidak diketahui pada musim hujan ini yang banyak tumbuh di sekitar rumah.


“Antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan daripada memetik dan makan cendawan yang tidak diketahui.


“Ketahui reputasi dan penjual cendawan atau lebih selamat beli daripada pembekal komersial,” Jelasnya.


Media Kosmo! pada 13 Julai 2023 melaporkan, seorang wanita terkejut apabila seluruh ahli keluarganya mengalami muntah-muntah yang sangat teruk selepas makan hidangan cendawan goreng yang dipercayai beracun.


Menurut perkongsian wanita itu di akaun TikToknya, dia berkata, cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka.

34 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page