top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

'Bagai Balik Kampung Sendiri' - Ebit Lew



Foto Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew


GLOBAL: 'Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri'...itu yang digambarkan aktivis dan pendakwah Ustaz Ebit Lew apabia berjaya memasuki Gaza bagi misi kemanusiaan.


Dalam tulisannya di Facebook pada 28 Jun 2021, beliau berkata Kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir memaklumkan pasukannya adalah badan bukan kerajaan (NGO) pertama dunia diberikan kebenaran masuk ke Pintu Rafah sejak tercetusnya peperangan di Gaza.


Berita gembira itu disampaikan selepas sebulan beliau tiba di Mesir untuk masuk ke Gaza bagi mengagihkan bantuan kepada rakyat negara itu.


Tulisnya kemasukan beliau dan pasukannya itu diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai ke kawasan tersebut.


“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri, mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin dan kini dapat jejak kaki ke sini,

“Saya minta maaf tidak ‘update’ sebelum ini atas faktor keselamatan, terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent, Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin,


“Sepanjang masuk sempadan Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka, terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” tulisnya.


Sebelum ini Ebit Lew dan rombongan bantuan kemanusiaannya berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu dan dua hari kemudian melalui tulisan di Facebook beliau memaklumkan selamat tiba di Mesir.


Selain itu, beliau turut memaklumkan sudah membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang akan dibawa menggunakan dua treler dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital Gaza pada hari terbabit.


"Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan," tulisnya.






0 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page