top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Bukit Al-Lawz Di Tabuk Dilitupi Salji Buat Kali Ketiga



Kawasan di Jabal Al-Lawz, Arab Saudi dilitupi salji buat kali ketiga pada musim ini apabila wilayah itu mengalami penurunan suhu. - Foto Sumber : Twitter


TABUK: Bukit Al-Lawz Tabuk di Arab Saudi diselubungi salji untuk kali ketiga selepas berlaku penurunan suhu di wilayah berkenaan yang mengakibatkan penurunan salji.

Pada 27 Disember 2022, penduduk di Tabuk sudah menyaksikan penurunan salji di pergunungan Al-Lawz.


Kawasan dilitupi salji menjadi tarikan pelancong warga Tabuk dan pengunjung yang datang dari pelbagai wilayah hadir untuk menikmati salji dan keindahan alam.


Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) dalam laporan sebelum ini menyatakan, suhu di beberapa wilayah Saudi sudah mula menyaksikan penurunan ketara sejak minggu pertama 2023.


NCM berkata, penurunan itu adalah antara lima dan sifar darjah Celsius di wilayah Tabuk, Al-Jouf, Hail dan wilayah Sempadan Utara.


Laporan itu juga menunjukkan bahawa suhu akan mencapai antara lima dan sembilan darjah Celsius di wilayah Riyadh, Al-Qassim dan bahagian utara Wilayah Timur.

8 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page