top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

China, Rusia Rancang Bina Stesen Penyelidikan Di Bulan, Dijangka Siap 2035


Sumber Foto: Youtube

GLOBAL | Pentadbiran Angka Lepas Negara China (CNSA) mengesahkan bahawa China bakal bekerjasama dengan Rusia untuk membina sebuah stesen penyelidikan di Bulan yang dijangka siap pada 2035.

Akhbar Daily Star pada 27 Januari 2022 melaporkan Pusat penyelidikan yang dinamakan Stesen Kajian Lunar Antarabangsa (ILRS) itu dilaporkan bakal menjadi saingan kepada stesen Lunar Gateway yang dirancang untuk dibina oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).


Ini kerana Lunar Gateway hanya mampu mengorbit Bulan, manakala ILRS akan mempunyai kedua-dua pengorbit dan pangkalan di permukaan Bulan serta beberapa buah kenderaan penerokaan.


Timbalan Pengarah CNSA, Wu Yanhua dalam satu taklimat akhbar kelmarin berkata, China dan Rusia menyasarkan untuk menyiapkan pembinaan infrastruktur di ILRS menjelang 2035.


Kerja-kerja pembinaan pula dijangka bermula pada 2026, lapor agensi berita United Press International.

“Kami mengalu-alukan penyertaan yang meluas daripada rakan kerjasama antarabangsa yang lain,” kata Yanhua.


Beijing dan Moscow pada bulan Mac tahun lepas telah menandatangani memorandum persefahaman bagi melancarkan projek tersebut.


Dokumen itu turut menyebut bahawa stesen tersebut direka untuk melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dalam pelbagai bidang dan melibatkan pelbagai tujuan.


Kerjasama itu juga dilaporkan adalah sebahagian daripada pelan China untuk menghantar angkasawan pertamanya ke Bulan seawal tahun 2030.

3 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page