top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Disangka Kebocoran Gas Rupa-Rupanya Bau Durian



GLOBAL | Warga di sebuah kejiranan di Canberra, Australia digemparkan apabila berlaku kejadian pada sangkaan awal adalah kebocoron gas.

Ekoran itu Pasukan Bomba dikejarkan di kawasan berkenaan untuk menangani situasi itu dan mencari punca bau pelik.


Portal berita canberraweekly.com pada 15 Oktober 2021/Jumaat melaporkan setelah sejam di tempat kejadian, pasukan bomba menemui punca kejadian - buah durian.


Semasa kru mencari, pemilik rumah sewa di atas kedai menasihati mereka tentang sumber bau yang berpotensi. Siasatan ringkas mengesahkan bahawa durian memang merupakan asal kejadian.


"Buah itu mengeluarkan bau yang sangat menyakitkan dan dapat menjauhkan beberapa jarak," jelas siaran media ESA.


Tidak ada zon pengecualian, namun masyarakat diminta menghindari kawasan tersebut. Krew telah meninggalkan tempat kejadian.


Kejadian itu juga mendapat liputan antarabangsa dengan beberapa agensi berita antarabangsa melaporkannya.


Berikut adalah tangkap layar berkenaan tajuk berita berkenaan:



2 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page