top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Elon Musk Hilang Lebih RM473.8 Bilion Kurang Setahun – Forbes


Sumber Foto : Unsplash


GLOBAL | Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kehilangan lebih AS$100 bilion (RM473.8 bilion) dalam tempoh kurang dari setahun, lapor laman berita RT pada 22 Oktober 2022.

Menurut laporan majalah Forbes pada 22 Oktober 2022 Jumaat lalu, nilai kekayaan Musk berkurangan hampir 35 peratus daripada AS$320.3 bilion (RM1.51 trilion) pada November tahun 2021 kepada AS$209.4 bilion (RM992.14 bilion) pada 21 Oktober 2022/Khamis lalu.


Forbes berkata, penurunan itu berlaku terutamanya disebabkan oleh kejatuhan mendadak dalam harga saham Tesla. Nilai kekayaan Musk turun AS$28 bilion (RM132.7 bilion) pada bulan Oktober sahaja.


“Beliau (Musk) menjual kereta berharga tinggi, jadi satu kemelesetan tidak akan baik untuk perniagaannya,” kata ketua strategi pasaran dari syarikat perundingan pelaburan Miller Tabak + Co., Matt Maley dalam e-melnya kepada Forbes.


Rancangan Musk untuk membeli Twitter dengan menjual saham Tesla menyebabkan pelabur percaya bahawa beliau melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan membayar lebih, tambah Forbes.


Walaupun merekodkan penurunan dalam nilai kekayaannya, Musk masih orang terkaya di dunia.

2 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page