top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Emine Erdoğan: Pastikan Hak Haiwan Dilindungi




GLOBAL | Wanita Pertama Turki Emine Erdoğan menghadiri majlis anugerah bandar mesra haiwan, yang diadakan di Ankara oleh Union of Municipalities of Turkey.


Ketika menyampaikan pidato di acara tersebut, Emine Erdoğan berkata: “Dunia adalah rumah kita bersama.


"Kami berkongsi rumah ini dengan semua makhluk hidup. Kita semua bertanggungjawab memastikan hak asasi mereka dilindungi. Kami mempunyai banyak tanggungjawab mulai dari makan hingga rawatan,"

Menyuarakan rasa terima kasihnya kepada pencinta binatang, Emine Erdoğan menyataka mereka adalah contoh kemanusiaan yang tiada tandingannya dengan kebaikan dan belas kasihan.


"Mereka memikul banyak beban material dan spiritual melalui pengorbanan yang luar biasa, tanpa mengharapkan imbalan apa-apa. Kami sangat terhutang budi kepada mereka. Saya berharap untuk dunia di mana haiwan tidak disakiti dan haknya dipatuhi sepenuhnya," katanya.


Foto Sumber: Laman Sesawang Presidency Of The Republic Turkey

1 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page