top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Gegaran Gempa 5.6 Magnitud Di Indonesia Dirasai Di Lembah Klang


Foto Sumber: MET MALAYSIA


Gegaran yang dirasai warga Lembah Klang pada 11 Ogos 2021/Rabu berpunca daripada gempa bumi sederhana yang berlaku Utara Sumatera, Indonesia pada jam 1.19 petang.


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, gegaran dengan kekuatan magnitud 5.6 skala Richter itu berlaku pada kedudukan 18 kilometer (KM) dari Padang Sidempuan dengan kedalaman 19 KM.


“Gegaran dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.


Sebelum ini, warga Kuala Lumpur dan Selangor dikejutkan dengan kejadian gegaran yang berlaku dalam tempoh beberapa saat khususnya mereka berada di bangunan tinggi.


Sementara itu Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) menyatakan bahwa gempa bumi tektonik yang terjadi di barat daya Padang Lawas Utara, Sumatera Utara, pada Rabu pukul 12.19 WIB disebabkan oleh aktivitas Sesar Sumatera segmen Toru.


TEMPO.CO melapotkan menurut siaran pers BMKG, gempa dengan magnitud 5.3 yang pusatnya berada di laut pada kedalaman 10 km di sekitar 20 km barat daya Padang Lawas Utara tersebut merupakan gempa bumi dangkal.


Katanya aasil analisis mekanisme sumber menunjukkan gempa bumi itu memiliki mekanisme pergerakan mendatar.


Gempa bumi tersebut getarannya dirasakan pada skala V MMI di daerah Aek Godang di Kabupaten Padang Lawas Utara, Batang Toru di Kabupaten Tapanuli Selatan, dan Kota Padang Sidempuan.


Pada skala V MMI, getaran dirasakan oleh hampir semua penduduk serta menyebabkan gerabah pecah, barang-barang terpelanting, serta tiang-tiang dan barang besar tampak bergoyang.



Grafik Sumber: Twitter National Hidrographic Center

Sumber: MET MALAYSIA



Sumber: BMKG


Sumber: BMKG

159 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page