top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Gelombang Panas Dikenalpasti Punca Lapisan Ais Greenland Cair




IKLIM | Lapisan ais di Greenland mencair dalam jumlah yang besar akibat gelombang panas dengan suhu melebihi 10 darjah melebihi musim biasa, lapor AFP pada 1 Ogos 2021/Ahad.


Menurut laman web Polar Portal, penyelidik Denmark menyatakan sejak 28 Julai 2021 lalu, lapisan ais yang meliputi wilayah Artik yang luas, mencair sekitar lapan bilion tan sehari iaitu dua kali ganda daripada kadar purata normalnya pada musim panas.


Di Institut Meteorologi Denmark pula, ia melaporkan suhu lebih 20 darjah Celsius iaitu lebih dua kali suhu purata musim panas biasa, di utara Greenland.


Di lapangan terbang Nerlerit Inaat di timur laut wilayah itu mencatat 23.4 darjah Celsius pada 28 Julai 2021/Khamis lalu, yang tertinggi dicatat di sana sejak rekod bermula.


Berikutan gelombang panas yang mempengaruhi sebahagian besar Greenland, ais yang mencair itu dikatakan mampu menenggelamkan Florida dengan ketinggian lima sentimeter (cm).


Sebelum ini, runtuhan ais terbesar di Greenland iaitu pada musim panas 2019, namun kali ini ia lebih besar.


Lapisan ais mula mencair pada 1990 dan berterusan dengan cepat sejak 2000, malah dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih kurang empat kali ganda situasi itu berlaku.
Lapisan ais Greenland adalah jisim ais air tawar terbesar kedua di planet ini dengan jarak hampir 1.8 juta kilometer persegi, iaitu kedua selepas Antartika.

Satu kajian Eropah yang diterbitkan pada Januari lalu mengatakan bahawa permukaan laut akan meningkat antara 10 dan 18 cm menjelang tahun 2100 atau 60 peratus lebih cepat daripada tempoh diramal.


Sekiranya semua lapisan ais Greenland mencair, ia akan meningkatkan permukaan laut sebanyak enam hingga tujuh meter.


Tetapi dengan permulaan yang agak sejuk untuk musim panas di Greenland dengan salji dan hujan, tempoh ais mencair dijangka berlarutan daripada Jun ke awal September.


Sumber: AFP/ 1 Ogos 2021

0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page