top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Gempar Kuali Besar Milik Gergasi Ditemukan, Tetapi Rupa-Rupanya...


Foto Sumber: CNN Indonesia


Objek seperti kuali raksasa ditemukan di Kretek,Yogyakarta dan diangkat setelah ditemukan pada kedalaman tiga meter, lapor CNN Indonesia.


Agensi Berita Antarabangsa itu melaporkan, Supardi, penyewa tanah di kawasan itu menjelaskan objek berkenaan ditemukan pada petang 1 September 2021 ketika salah seorang pekerja projek melakukan penggalian.


Kawasan itu dirancang untuk projek perladangan.


“Orang tua pernah beritahu kawasan ini merupakan tempat pam air oleh Belanda. Ini (objek) bukan untuk memasak tetapi sebahagian daripada mesin pam air,” katanya.


Menurut Supardi, wilayah Jambidan termasuk Kretek pernah dikenali sebagai ladang tebu.


Jelasnya, pemerintah Belanda membina pam air di kawasan itu untuk mengairi kawasan ladang.


Terdahulu penduduk memberitahu penemuan objek tersebut sebagai kuali raksasa zaman purba.


Ramai yang beranggapan ‘kuali’ itu digunakan oleh makhluk gergasi.




25 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page