top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Gerhana Matahari Separa Berlaku Pada 25 Oktober


Sumber Grafik: MYSA


Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA) menyatakan fenomena Gerhana Matahari Separa bakal berlaku pada 25 Oktober 2022 mulai jam 16:58:19.9 dan berakhir pada 21:02:15.7 waktu Malaysia.

Dalam tulisan di Facebook pada 24 Oktober 2022, agensi angkasa itu menyatakakan fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia tetapi boleh dilihat di Eropah, bahagian timur laut Afrika, bahagian timur tengah dan barat Asia.


Jelasnya fenomena Gerhana Matahari Separa ini berlaku pada 4.2 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 368,287km.


"Magnitud Gerhana Matahari Separa kali ini adalah 0.8619. Gerhana maksimum pada 25 Oktober 2022 ini akan berlaku di hemisfera utara pada koordinat 61° 38' 55.6" U, 77° 20' 44.7" T apabila 82.11% permukaan Matahari diliputi oleh Bulan (eclipse obscuration).


"Laluan Gerhana Matahari Separa (Lintasan Bayang Penumbra Bulan) ini akan bermula dari Iceland ke Rusia dan berakhir di Laut Arab," katanya.


Jelasnya lagi rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan fenomena gerhana ini kerana laluan bayang-bayang penumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.



Sumber grafik : MYSA


Berikut Adalah Artikel Penuh :

Fenomena Gerhana Matahari Separa akan berlaku pada 25 Oktober 2022 mulai jam 16:58:19.9 dan berakhir pada 21:02:15.7 waktu Malaysia. Fenomena tersebut 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 tetapi boleh dilihat di Eropah, bahagian timur laut Afrika, bahagian timur tengah dan barat Asia.


Fenomena Gerhana Matahari Separa ini berlaku pada 4.2 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 368,287km. Magnitud Gerhana Matahari Separa kali ini adalah 0.8619. Gerhana maksimum pada 25 Oktober 2022 ini akan berlaku di hemisfera utara pada koordinat 61° 38' 55.6" U, 77° 20' 44.7" T apabila 82.11% permukaan Matahari diliputi oleh Bulan (eclipse obscuration).


Laluan Gerhana Matahari Separa (Lintasan Bayang Penumbra Bulan) ini akan bermula dari Iceland ke Rusia dan berakhir di Laut Arab.


Rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan fenomena gerhana ini kerana laluan bayang-bayang penumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.


𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:


▪️Magnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).


▪️Eclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).


▪️Gerhana Matahari (Solar eclipse) berlaku apabila kedudukan Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari lalu menutup cahaya Matahari sama ada separa atau sepenuhnya.


𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡:

✅https://www.timeanddate.com/eclipse/solar/2022-october-25

✅https://www.eclipsewise.com/.../SE2022Oct25Pprime.html

✅https://earthsky.org/astr.../partial-solar-eclipse-oct25-22/

✅https://www.space.com/when-is-october-partial-solar...

✅https://theskylive.com/solar-eclipse?id=2022-10-25

8 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page