top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Helikopter bomba kemalangan di Subang, punca disiasat



Sumber Foto : Sebaran Whatsapp


Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden kemalangan helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189, nombor pendaftaran 9M-BOF di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan AbdulAziz Shah, di Subang pada 22 Julai 2023/ Sabtu.


Ketua Pegawai Eksekutif CAAM berkata helikopter yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu sedang menjalani ujian penerbangan.


Jelas Kapten Norazman Mahmud menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera terhadap insiden terbabit.


"Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter terbabit dan kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


"Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016," katanya dalam kenyataan media pada 22 Julai 2023.



Sumber Foto : Jetphotos





Sumber Foto : Jetphotos


41 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page