top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Hujan Ais Diameter 16sm Badai Australia


Foto Sumber: Twitter


GLOBAL | Ribut kuat di seluruh pantai timur Australia merosakkan bangunan dan membadai bandar-bandar dengan hujan batu sebesar buah anggur.

THE GUARDIAN pada 20 Oktober 2021/Rabu melaporkan hujan batu terbesar yang pernah jatuh di Australia - berdiameter 16sm - dicatatkan di Queensland setelah ribut lebat melanda wilayah Mackay pada Selasa petang.


Pada Rabu, sebuah pusat membeli-belah di Pelabuhan Coffs dipindahkan setelah hujan lebat meruntuhkan siling semasa ribut hujan ais yang melanda utara New South Wales.


Kira-kira 400 orang berlindung di pusat membeli-belah Toormina ketika air mulai mengalir masuk ke siling.


Sementara AFP pada 20 Oktober 2021/Rabu melaporkan sebuah bandar tropika di utara Australia dilanda hujan ais dianggarkan sebesar saiz mangga atau limau gedang, sehingga menghancurkan cermin kenderaan penduduk.


Dilanda hujan ais yang dianggap memecah rekod kerana ia dianggarkan turun sebenar saiz mangga atau limau gedang, sehingga menghancurkan cermin hadapan kenderaan penduduk.


Biro Meteorologi Australia berkata ketulan ais sebesar itu dianggap memecah rekod kerana berukuran sehingga lebih 16 sentimeter (sm).


Ia dikesan melanda Yalboroo selepas ribu melanda pekan yang berada kira-kira 1,000 kilometer dari Brisbane, lewat semalam.


Foto Sumber: Twitter


Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan ketulan ais sebesar tapak tangan dan di Twitter, satu video mempamerkan ketulan ais itu juga dilihat menghancurkan bahagian hadapan sebuah kereta.


"Ais batu berukuran 16 sm di Yalborooo, Queensland mencatat rekod baharu Australia.


"Cuaca sangat tidak stabil, memungkinkan hujan ais terus berlaku sebelum graviti memaksanya untuk turun," tulis Biro Meteorologi.


Kata biro itu lagi, rekod sebelum ini adalah 14 sm yang direkodkan di tenggara Queensland pada Oktober 2020.


Amaran baharu kemungkinan ribut petir akan berlaku di sepanjang pantai timur Australia hari ini, dengan laporan hujan ais juga akan berlaku di bandar pesisir Coffs Harbour, utara Sydney pula.

27 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page