top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Kajian Dapati Hartanah Perindustrian Dijangka Laris, Kukuh Pada 2023


Sumber Foto: Unsplash


HARTANAH | Sektor hartanah perindustrian di Malaysia dijangka meneruskan momentum jualan yang kukuh sehingga 2023 selepas memperoleh daya tarikan pada tahun 2022, terutamanya selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa pada April 2022, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

"Kami menjangkakan momentum jualan kukuh ini akan berterusan sehingga 2023 dengan peningkatan lencongan pelaburan dari China ekoran perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan," katanya menerusi nota penyelidikan, pada 27 Disember 2022.


Walaupun taman perindustrian terus mendapat perhatian pelabur, bank pelaburan itu berkata pemaju mengambil pendirian berwaspada dan berhasrat untuk mengurangkan pelancaran hartanah pada tahun 2023 bagi mengelakkan kos pembinaan lebih tinggi dan potensi kelewatan penyerahan.


"Malah, pelabur juga berhati-hati dengan permintaan terhadap hartanah berikutan kadar faedah lebih tinggi akan menjejaskan kemampuan pembeli," katanya sambil memaklumkan permohonan pinjaman gadai janji berkurangan sebanyak tujuh peratus suku ke suku dan 15 peratus tahun ke tahun kepada RM33.5 bilion pada Oktober 2022.



Bagi tahun kewangan 2023, Maybank IB menjangka sasaran jualan hartanah adalah tidak berubah atau meningkat sedikit tahun ke tahun berikutan langkah pemaju untuk mengurangkan pelancaran disebabkan isu bekalan buruh yang belum dapat ditangani.


Secara keseluruhan, bank pusat itu mengekalkan saranan 'neutral' ke atas sektor hartanah pada tahun depan berikutan faktor luaran seperti memperketat dasar monetari, gangguan rantaian bekalan dan isu kekurangan buruh dijangka terus berlaku pada 2023, sekali gus menjejaskan saham syarikat hartanah.



1 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page