top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Kartunis Lukis Gambar Nabi Muhammad Maut Nahas Jalan Raya


Tangkap layar berita kemalangan Lars Vilks di laman sesawang BBC News


GLOBAL | SEORANG kartunis sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia selepas melukis gambar Nabi Muhammad SAW, maut dalam kemalangan jalan raya pada 3 Oktober 2021/Ahad.


Media Dagens Nyheter pada 3 Oktober 2021/Ahad melaporkan Lars Vilks terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya bertembung dengan sebuah trak berdekatan bandar Markaryd di selatan Sweden.


Hasil lukisan kartun berkenaan yang dihasilkan pada 2007 dikritik ramai kerana menghina Nabi Muhammad SAW.


Bagaimanapun, pihak polis setakat ini belum mengeluarkan keterangan berhubung mangsa nahas namun pasangan Vilks mengesahkan kematiannya kepada akhbar tempatan, Dagens Nyheter.



Tangkap Layar laman sesawang Dagens Nyheter


BBC NEWS pada 3 Oktober 2021/Ahad melaporkan polis belum mendedahkan identiti mereka yang terbunuh dalam kejadian itu, tetapi rakan Vilks mengesahkan kematiannya ke akhbar Dagens Nyheter.


Kenyataan dari polis mengatakan masih belum jelas bagaimana perlanggaran itu berlaku tetapi pada awalnya tidak ada yang menunjukkan bahawa orang lain terlibat.


Lukisan kartun Vilks itu turut mencetus pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan pemimpin seluruh dunia sehinga memaksa Perdana Menteri Sweden ketika itu, Fredrik Reinfeldt, bertemu duta besar dari 22 negara Islam dalam usaha meredakan keadaan.



44 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page