top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Kekayaan Ekonomi Malaysia Naik Kepada RM3.28 Trilion Pada 2021



EKONOMI | Stok Modal Bersih (SMB) yang menggambarkan kekayaan ekonomi Malaysia menambah RM57 bilion kepada RM3.28 trilion tahun 2021, 1.78 peratus lebih tinggi berbanding RM3.22 trilion yang dicatatkan pada 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam data yang diumumkan pada 6 Oktober 2022, DOSM berkata, pertumbuhan dalam SMB disokong sektor perkhidmatan dan pembuatan, masing-masing mewakili 68.2 peratus dan 11.7 peratus sepanjang tahun 2021.


"Sektor perkhidmatan mencatatkan sumbangan bernilai RM2.24 trilion daripada keseluruhan aktiviti ekonomi, diikuti perlombongan & pengkuarian (17 peratus) dan pembuatan (11.7 peratus)," katanya.


DOSM berkata, SMB untuk sektor perkhidmatan disokong aktiviti kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan dengan sumbangan sebanyak 31.7 peratus.


"Manakala, pengangkutan & penyimpanan dan maklumat & komunikasi menyumbang 19.8 peratus. Di samping itu, perkhidmatan lain yang terdiri daripada perkhidmatan kerajaan, pendidikan swasta, kesihatan swasta & perkhidmatan swasta lain menyumbang 31.3 peratus kepada sektor perkhidmatan SMB," katanya.


Bagi sumbangan terbesar kepada sektor pembuatan SMB, sektor petroleum, kimia, getah dan plastik menyumbang 36.1 peratus.



"Elektrik, elektronik dan optikal menyumbang 33.3 peratus, manakala penyumbang ketiga terbesar ialah produk makanan, minuman dan tembakau dengan 10.5 peratus," kata DOSM.


Dari segi jenis aset, struktur kekal sebagai penyumbang utama kepada SMB sebanyak 80.7 peratus dengan pertumbuhan 2.5 peratus tahun 2021.


"Jentera & peralatan pula menjadi penyumbang kedua terbesar dengan 11 peratus, disokong oleh jentera & peralatan lain dan computer.


"Sementara itu, aset lain menyumbang 8.3 peratus daripada jumlah aset," demikian menurut DOSM.


Dalam data perangkaan sama, DOSM mendedahkan Stok Modal Kasar (SMK) meliputi perlaburan terkumpul aset tetap meningkat 2.48 peratus kepada RM5.3 trilion tahun 2021, berbanding RM5.17 trilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

4 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page