top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Kepala Air Gunung Jerai: Mayat Bekas Imam Masih Baik, Hadap Kiblat Ketika Ditemukan


SUMBER Gambar/ Facebook Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia


Tragedi kepala Air Gunung Jerai pada 18 Ogos 2021/Rabu menggemparkan negara kerana kejadian itu bukan sahaja mengorbankan nyawa malahan kerosakan disebabkan banjir lumpur yang dibawa.


Namun, berita mangsa kelima yang hilang apabila ditemui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah pada 22 Ogos 2021/Ahad terus mendapat liputan.


Media melaporkan mayat bekas imam Masjid Yan, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, yang merupakan mangsa kelima maut dalam tragedi itu ditemukan di bawah timbunan kayu hanyut pada pukul 3.23 petang masih dalam keadaan baik biarpun sudah lebih empat tragedi itu.


Mayat lelaki warga emas itu ditemukan di kawasan chalet di Batu Hampar, di sini petang pada 22 Ogos 2021/Ahad.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ditemukan sekumpulan anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan sungai yang baru terbentuk berikutan kejadian kepala air tersebut.



SUMBER Gambar/ Facebook Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah berkata Ku Shuib Ku Abdullah, 91, yang juga bekas imam Masjid Yan ditemui di bawah timbunan kayu di kawasan Titi Hayun di sini, pada jam 3.23 petang.


"Kita berjaya mengeluarkan mayat mangsa pada jam 3.28 petang dan mendapati jasadnya masih berada dalam keadaan baik.
"Keadaan mayat didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar (empat hari lalu).
"Mayat juga ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai," kata Sayani Saidon, lapor Astro Awani pada 22 Ogos 2021/Ahad.

Sayani memberitahu, mayat tersebut ditemukan lebih satu kilometer dari rumah yang diduduki mangsa di Salak Denai, Jalan Batu Hampar di sini.


Tambahnya, pasukan bomba menyerahkan mayat tersebut kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat.



13 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page