top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Keretapi Peluru Hanya Ambil Masa 45 Minit Hubungkan Jakarta-Bandung


Foto Sumber: Facebook Disceover Asean


Sistem pengangkutan awam yang pantas, selesa dan pada kadar harga tambang munasabah menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan pelancongan.


Presiden Indonesia Joko Widodo pada 18 Mei 2021 berkata kemajuan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung (HSR) telah mencapai 73 peratus, dengan harapan kereta api itu akan beroperasi pada akhir 2022.


Widodo mengatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KCIC, sebuah konsortium usaha sama antara syarikat milik negara China dan Indonesia yang menjalankan HSR sejauh 142.3 km, bahawa dia berharap HSR dapat terhubung dengan transit aliran ringan (LRT) dan transit cepat massa (MRT) untuk menjimatkan masa perjalanan, meningkatkan kecekapan dan meningkatkan daya saing antarabangsa negara Asia Tenggara.



Foto Sumber: Wikipedia


Media XINHUA pada 18 Mei melaporkan pada masa ini, pembinaan projek memasuki tahap peralihan utama dari substruktur subgrade, jambatan, dan terowong ke pemasangan girder dan peletakan trek, dan dari pembinaan projek hingga operasi dan penyediaan penyelenggaraan.


Menurut KCIC, 83 peratus daripada keseluruhan kerja sivil, dan tujuh dari 13 terowong untuk kereta api telah siap.


Projek Keretapi Laju Jakarta-Bandung sepanjang 142.3 kilometer bakal menghubungkan kedua-dua ibu kota itu dijangka memulakan ujian pertama pada November 2022.


Kerajaan Indonesia menyasarkan keretapi laju ini memulakan operasi pada 2023 dengan kelajuan kereta api itu boleh mencecah 350km/j.


Foto Sumber: Facebook Discover Asean


Pengguna dapat menikmati perjalanan pantas di antara Jakarta dan Bandung hanya mengambil masa 45 minit sahaja berbanding lebih tiga jam perjalanan biasa serta terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang teruk.


Menurut laporan media kereta api itu mempunyai lapan gerak sepanjang 209 meter dan berupaya membawa sehingga 556 orang penumpang pada satu-satu masa.


Tambangnya pula hanya sekitar Rp250,00 (RM70.12) untuk perjalanan satu hala. Apabila siap kemudahan itu pasti dapat menarik minat golongan yang gemar membeli-belah untuk pergi ke dua-dua destinasi berkenaan.



25 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page