top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Khidmat 'Teksi Terbang' Semakin Jadi Kenyataan


Sumber Foto: AirAsia


PENERBANGAN | Capital A, syarikat induk AirAsia mengambil langkah pertama ke arah menyediakan perkhidmatan teksi udara kepada orang awam di Asia Tenggara, selain satu lagi usaha ke arah mentransformasi jenama itu.

Nikkei Asia pada 12 April 2022 melaporkan Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Ling Liong Tien berkata mobiliti udara bandar adalah konsep baharu, justeru fokusnya adalah untuk membina dan memudahcaara ekosistem serta membina pembangunan dan pertumbuhan masa depan.


AirAsia Aviation Group memeterai memorandum persefahaman pada Februari 2022 untuk memajak 100 pesawat berlepas dan mendarat menegak elektrik VX4 daripada Avolon, sebuah syarikat pemajak berpangkalan di Ireland.


Avolon menempah pesawat VX4 terbabit daripada pengeluar Britain, Vertical Aerospace.


Satu pasukan yang dibentuk oleh tiga syarikat berkenaan akan mengadakan mesyuarat pertama minggu ini di Kuala Lumpur, dengan sasaran penghantaran pesawat berkenaan pada 2025.


Bagi melancarkan perniagaan itu, teksi udara memerlukan beberapa pensijilan, selain peraturan penerbangan khusus dan infrrastruktur bagi mendarat, berlepas serta parkir.


Vertical Aerospace sedang dalam proses mendapatkan pensijilan di Eropah dengan syarikat itu bercadang memulakan ujian penerbangan seawal April 2022.


Menurut firma perunding berpangkalan di Munich, Roland Berger berkata menjelang 2050 sebanyak 161,000 teksi udara akan berkhidmat di seluruh dunia dengan rantau Asia Pasifik merangkumi 51 peratus.


AirAsia dilihat syarikat penerbangan pertama di ASEAN yang meneroka perkhidmatan teksi udara.


"Sasaran kami adalah jelas, menerbangkan (VX4) ke seluruh Asia Tenggara," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.


"Kami menjadikan ASEAN lebih kecil dengan A320. Kami akan menjadi lebih tempatan dengan kehadiran VX4."






10 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page