top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Komet Lintasi Bumi Sekali Setiap 50,000 Tahun Muncul, Boleh Lihat Pada 1 Februari 2023


Komet C/2022 E3 (ZTF) yang ditemui pakar astronomi di Fasiliti Zwicky Transient pada awal Mac tahun lalu. - Foto AFP


ASTRONOMI | PARIS: Pakar astronomi meramalkan komet C/2022 E3 (ZTF) yang boleh dilihat dengan mata kasar bakal melintasi bumi pada 1 Februari 2023, sekali gus mencipta rekod kali pertama dilihat dalam 50,000 tahun.

Komet itu mendapat namanya itu selepas Fasiliti Transient Zwicky melihatnya pertama kali melepasi Musytari pada Mac tahun 2022, lapor AFP pada 8 Januari 2023


Profesor Fizik, Institut Teknologi California, yang bertugas di Fasiliti Transient Zwicky, Thomas Prince berkata, selepas mengembara dari kawasan ais Sistem Suria, komet itu akan datang paling hampir dengan matahari pada 12 Januari 2023 dan paling dekat dengan bumi pada 1 Februari 2023.


Katanya, komet itu akan mudah dikesan dengan teropong yang baik dan berkemungkinan boleh dilihat dengan mata kasar terutama jika langit tidak terlalu diterangi oleh lampu bandar atau cahaya bulan.



"Komet itu akan menjadi paling terang apabila ia paling hampir dengan bumi.


"Peluang lain untuk mengesan komet di langit akan datang pada 10 Februari 2023, apabila laluannya melepasi dekat dengan Marikh," katanya kepada AFP.



Sementara itu, Pakar Astrofizik di Balai Cerap Paris, Nicolas Biver, berkata komet itu berasal daripada ais dan debu serta memancarkan aura kehijauan dan dianggarkan mempunyai diameter kira-kira satu kilometer (km)


Katanya, ia menjadikannya jauh lebih kecil daripada NEOWISE, komet terakhir yang boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan teleskop, ketika melintasi bumi pada Mac 2020 dan Hale-Bopp pada 1997 dengan diameter terakhir mungkin sekitar 60km.


"Tetapi lintasan terbaru akan datang ini lebih dekat dengan bumi, yang mungkin boleh membuktikan ia tidak begitu besar.


"Walaupun komet akan menjadi paling terang apabila ia melewati bumi pada awal Februari, cahaya bulan penuh boleh menyukarkan pengesanan kewujudannya.


"Jadi, waktu terbaik melihatnya untuk hemisfera utara ialah pada minggu terakhir Januari 2023.


"Hujung minggu iaitu pada 21 dan 22 Januari 2023 menawarkan peluang yang baik untuk pemerhati bintang," katanya.




26 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page