top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Korea Selatan Selesai Uji Jet Pejuang Buatan Tempatan


This file photo taken July 6, 2022, shows South Korea's homegrown KF-21 fighter jet moving on a taxiway in Sacheon, about 300 kilometers south of Seoul. (Pool photo) (Yonhap)

GLOBAL | SEOUL: Jet pejuang buatan tempatan Korea Selatan berjaya melakukan ujian penerbangan sulung pada 19 Julai 2022/Selasa, kata agensi pertahanan negara itu.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS pada 19 Julai 2022 melaporkan ia adalah antara usaha menggantikan jet pejuang sedia ada yang semakin usang bagi menghadapi ancaman nuklear dan peluru berpandu dari jiran, Korea Utara.


Pesawat generasi baharu dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) di bawah projek yang sebahagiannya disokong Indonesia itu direka supaya lebih murah dan mampu menjadi alternatif kepada F-35 buatan Amerika Syarikat (AS).


Prototaip jet yang dinamakan KF-21 itu berlepas pada jam 3.40 waktu tempatan dari pangkalan tentera udara di Sacheon di tenggara Seoul dan terbang selama 30 minit, menurut Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan dalam satu kenyataan.


Jet baharu itu akan diuji lebih lanjut sehingga 2026, apabila pengeluaran besar-besaran dijangka dimulakan.


Korea Selatan mendedahkan prototaip pertama KF-21 pada April tahun 2021, dengan menyifatkannya sebagai 'tulang belakang' masa depan tentera udara negara itu dan ke arah kebebasan ketenteraan bagi sekutu AS di Asia Utara itu,


Pada 2014, Korea Selatan dan Indonesia bersetuju untuk bersama membangunkan jet berkenan di bawah projek bernilai 8.1 trilion won (RM27.4 bilion), dengan Jakarta bersetuju menanggung 20 peratus kos terbabit.


Namun, pada 2018, Indonesia meminta perjanjian itu dirunding semula bagi mengurangkan tekanan terhadap rizab pertukaran asingnya dan kemudian menawarkan pembayaran bahagiannya secara pertukaran barter.


kedua-dua negara pada November lalu bersetuju bahawa Jakarta akan berpegang kepada janji menanggung 20 peratus kos pembangunan termasuk satu pertiga daripada jumlah itu dibayar dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

5 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page