top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Laluan Terusan Suez Tersekat, Mujur Kali Ini Tidak Lama


Foto Sumber: Twitter Suez Canal Authority


KAHERAH – Sebuah kapal kontena terkandas semasa belayar melalui Terusan Suez pada 8 September 2021/Rabu dan menghalang kapal- kapal lain daripada memasuki laluan air tersebut.


Akhbar The Sun pada 9 September 2021/Khamis melaporkan ia merupakan insiden kedua pada tahun 2021 melibatkan kapal kontena yang tersekat di terusan itu.


Ketika kejadian, kapal kargo milik Panama, Coral Crystal sedang menuju ke Port Sudan sebelum tersekat.



Sumber Grafik: Suez Canal Authority


Menurut laporan agensi berita Sky News Arabia, kapal tersebut berjaya diapungkan semula tidak lama kemudian dan Terusan Suez kembali dibuka.


Media tempatan melaporkan bahawa kapal kargo itu tersekat sejauh 53 kilometer di terusan Mesir itu dan usaha-usaha menyelamat dibuat semalam.


Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) terpaksa menangguhkan sementara kemasukan semua kapal di wilayah tersebut.


SCA berkata bahawa insiden itu ditangani dengan penuh profesional dan tidak mengakibatkan masalah trafik yang teruk.


Kapal Coral Crystal itu dilaporkan membawa 43,000 tan kargo.



Sumber Foto: Suez Canal Authority

7 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page