top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Masjid Besar Hagia Sophia Kembali Adakan Solat Terawih, Pertama Kali Dalam 88 Tahun


Sumber Foto: Daily Sabah


GLOBAL | ISTANBUL: Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul bakal mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun pada bulan Ramadan 1443.

Agensi Berita TRTWorld pada 30 Mac 2022 melaporkan Solat tarawih pertama dilaksanakan di masjid yang dibuka kembali untuk ibadah pada 24 Julai 2020.


Beberapa siri acara juga akan diadakan di masjid berkenaan sempena Ramadan.


Tazkirah juga bakal disampaikan oleh mufti, pakar undang-undang Islam, sebelum solat zuhur sepanjang bulan mulia umat Islam.


Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934.


Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.


Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan.


Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.


Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul. Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.


Dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun, ia berfungsi sebagai masjid. Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.


Hagia Sophia juga adalah antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.







FAKTA MENARIK MENGENAI HAGIA SOPHIA

1. Hagia Sophia merupakan salah satu keajaiban seni bina tertua yang masih berdiri sehingga hari ini. Awalnya dikenali sebagai 'Megale Ekklesia', sehingga abad ke-5 ia bertukar nama sebagai Hagia Sophia, 'Ayasofya' atau 'holy wisdom' pada zaman pemerintahan empayar Rome Timur.


2. Ia dibina oleh Emperor Konstantios, ia pernah dibakar disebabkan rusuhan yang berlaku pada tahun 404 akibat perbalahan antara permaisuri Eudoksia dan bapa patriark Loannes Chrysostomos, yang dibuang negeri, dan pernah diruntuhkan pada tahun 532 disebabkan kerusuhan Nika.


3. Seni bina hari ini dibina oleh arkitek Isodoros dan Anthemios yang terkenal pada zaman pemerintahan Justinianos (527-564). Ia merupakan lambang kehebatan dan kemegahan Justianos terhadap terhadap Jerusalem.


4. Proses pembinaan Hagia Sophia sangat teliti dengan reka bentuknya yang menghubungkan struktur luaran dan dalaman bagi mengukuhkan kubah pusat (the big dome) dengan seni bina pelan tradisional basilika.





5. Keseluruhan Hagia Sophia mempunyai 104 kolum, 40 di bahagian bawah dan 64 di galeri atas. Proses penstrukturan juga amat rumit. Hanya kepingan seni bina yang terbaik digunakan untuk pembinaan ini.


6. Tiang dinding dan struktur dinding dalam binaan ini diambil dari wilayah berbeza di sekitar Anatolia dan Syria (Aspendus dan Ephessus).


7. Marmar putih di dalaman hagia Sophia diambil daripada pulau Marmara, batu marmar seperti guli merah di dinding berasal dari Afyon, dan jalur hijau 'porphyry' berasal dari Pulau Euboea(Greece).


8. Manakala, hampir semua dinding hagia sophia kecuali dilindungi oleh marmar dihiasi dengan mosaik yang sangat indah. Emas, perak, kaca dan batu berwarna digunakan untuk membuat Mosaik.


9. Selepas pembukaan kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481), pada 1453. Hagia Sophia telah diubah suai menjadi masjid. Strukturnya diperkukuh dan dilindungi. Tiang tambahan dipasang pada zaman empayar Uthmaniyah akibat kerosakan struktur daripada gempa bumi.


9. Madrasah dibina dibahagian utara Hagia Sophia. Dan menara yang direka dilaksanakan oleh arkitek Mimar Sinan. Dan pada abad ke-16 dan ke-17, mihrab, minbar dan maqsurah dan tempat Muazzin dibina.


10. Namun semasa pentadbiran Mustafa Kemal Ataturk, Hagia Sophia diubah menjadi muzium sejak 1 Februari 1935.





11. Hagia Sophia–bererti “Kebijaksanaan Suci”, dikenal juga dengan nama Sancta Sophia dalam bahasa Latin, atau Aya Sofya dalam bahasa Turki.


12. Untuk pertama kalinya, dalam 85 tahun terakhir, ayat suci Alquran dikumandangkan dari Muzium Hagia Sophia atau Aya Sofia. Ayat-ayat suci Alquran itu dilantunkan pada Jumat dalam rangkaian acara sebuah pameran kesenian kaligrafi.


13. Pada Jumaat 10 April 2015 itu, ayat suci Alquran dikumandangkan oleh Ali Tel, imam Masjid Ahmed Hamdi Akseki. Seremoni pembukaan acara tersebut dihadiri oleh sejumlah tertinggi Turki, termasuk Badan Urusan Agama Turki, Mehmet Gormez.


SUMBER:

1. ANADOLU NEWS AGENCY

2. Facebook AKU DAN ISTANBUL


11 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page