top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

MIT Dinobat Universiti Terbaik Dunia, UM Ranking Ke-65


Universiti Malaysia berada di ranking ke-65 terbaik dunia untuk 2022. Foto Sumber: Portal Universiti Malaya


PENCAPAIAN| Universiti Malaya (UM) meneruskan kecemerlangannnya apabila tersenarai di tangga ke-65 dalam senarai 100 teratas global universiti untuk tahun keempat berturut-turut dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2022.


Pencapaian itu merupakan prestasi kedua terbaik dalam sejarah pencapaian universiti itu apabila terdapat lebih 25,000 institusi pengajian tinggi di seluruh dunia dinilai dalam senarai kedudukan itu.


Institusi Pengajian Tinggi Awam itu disenaraikan dalam senarai 100 berdasarkan pengiktirafan luar biasa dalam kalangan ahli akademik dan prestasi majikan.


Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2022.

Sumber - KPT


UM memperoleh markah 76.9 peratus atau berada di kedudukan 72 melalui petunjuk reputasi QS - Reputasi Akademik, manakala kali pertama bagi Reputasi Majikan meningkat ke tangga 46 selepas mendapat 91.7 peratus.


Berdasarkan pencapaian dalam bidang lain, UM disenaraikan pada kedudukan 285 (Pencapaian Fakulti), 155 (Nisbah Pelajar dan Fakulti), 312 (Fakulti Antarabangsa) serta 333 (Pelajar Antarabangsa), menyumbang kepada keseluruhan skor 69.8 peratus, merosot 0.43 peratus berbanding pencapaian tahun lalu.


Kajian itu juga menyatakan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di kedudukan 143 manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di tempat 144.

Pada masa sama, Universiti Sains Malaysia (USM) berada di kedudukan 147, manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan 191 sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di tangga antara 651-700.


Sementara itu dalam peringkat global, tempat pertama diduduki Massachusetts Institute of Technology (MIT), sementara tempat kedua University of Oxford manakala Stanford University di tempat ketiga.


Foto Sumber: facebook QS World University Rankings

3 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page