top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Musim Baharu, Red Giants Team Card Baharu Untuk Anda!





Menjelang sepak mula Liga Malaysia 2023 yang bakal bermula tidak lama lagi, kelab bola sepak Selangor (SFC) memperkenalkan Red Giants Team Card (RGTC) terbaru untuk musim 2023.


Memiliki ciri-ciri mirip seperti edisi yang lalu, kad musim ini hadir dengan gaya reka motif terkini serta slogan terbaru khas buat pemain ke-12 Merah Kuning yang sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kelab selama ini.



Hadir dengan slogan #KITASELANGOR, kad musim ini lebih istimewa hasil kolaborasi bersama AEON BIG di mana ini merupakan kali pertama penghasilan RGTC bersama pihak ketiga. Sama seperti edisi-edisi sebelumnya, kad ini menawarkan pelbagai faedah serta manfaat kepada pemilik seperti diskaun istimewa di lebih 20 rakan kongsi rasmi RGTC 2023 dan diskaun 10% untuk barangan terpilih di Kedai Rasmi Red Giants.


Bagi pengumpul mata ganjaran, anda boleh berbuat demikian dengan berbelanja di kedai fizikal atau dalam talian Selangor FC, di mana setiap RM1 yang dibelanjakan akan menerima satu mata ganjaran.


Dengan mata terkumpul itu, pemegang Team Card kemudiannya boleh menebus mata tersebut dengan produk-produk rasmi Red Giants yang diminati. Tambahan 10 Mata Ganjaran percuma juga boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang terdapat di setiap premis rakan kongsi rasmi Red Giants Team Card 2023.




Selain faedah mata ganjaran, pemegang kad juga boleh menikmati imbuhan wang tunai menerusi program ‘Referral’. Setiap ‘referral’ atau rujukan baharu akan melayakkan pemegang kad untuk menerima RM5 secara tunai menerusi pautan ‘referral’ yang boleh dikongsi kepada pelanggan baharu yang berminat.


Pendek kata, lebih ramai rakan mendaftar melalui pautan anda, lebih banyak ganjaran wang tunai yang bakal anda terima. Pengeluaran boleh dibuat selepas mengumpul minimum RM50 di dalam akaun yang terdapat di bahagian ‘My Profile’.


Sempat ditemubual, Raja Muda Selangor merangkap Pengerusi Selangor FC, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan rasional di sebalik manfaat Red Giants Team Card terbaru ini.


“Bola sepak adalah ibu sukan di negeri ini yang disokong oleh pelbagai jenis lapisan umur, bangsa serta jantina dari pelbagai pelosok daerah negeri Selangor. Sudah menjadi pegangan kelab untuk sentiasa memberikan semula kepada penyokong sebagai balasan di atas segala pengorbanan mereka buat pasukan.


“#KITASELANGOR adalah mesej perpaduan dan galakan antara satu sama lain walaupun kita hadir dari pelbagai latar belakang yang berbeza, lapisan umur yang berbeza, namun tetap berdiri teguh menyokong satu pasukan yang sama.




Warna Merah Kuning sekali lagi digunakan pada kad kerana ia sentiasa menjadi warna kebanggaan dan menyatukan kita semua, selain merupakan warna simbolik yang melambangkan keberanian, kedaulatan, kehormatan dan kesetiaan sebagai rakyat Selangor.


“Adalah besar harapan beta untuk melihat lebih ramai pendaftaran baru untuk Red Giants Team Card 2023 ini kerana ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada kelab, malah bakal menjanjikan lebih banyak faedah kepada pemilik; yang juga merupakan penyokong setia Gergasi Merah. Semoga hubungan akrab yang terjalin di antara kelab dan penyokong ini terus utuh.


Untuk mendaftar Team Card Red Giants baharu 2023 atau memperbaharui keahlian anda, klik pada tab ‘Team Card’ di bahagian bawah sebelah kanan laman rasmi Selangor FC.



Pendaftaran baharu berharga RM35, manakala pemegang RGTC pada musim lalu boleh memperbaharui keahlian anda dengan hanya RM20.


Setiap pendaftaran akan menerima Red Giants Team Card 2023 baharu serta pautan rujukan yang boleh dikongsi dengan orang ramai bagi program ‘referral’ atau rujukan.


Jumlah keahlian Red Giants Team Card sudah hampir mencecah 5,000 orang. Ayuh, jadi sebahagian daripada komuniti Merah Kuning kami!


Demi kebanggaan!


KLIK IMEJ >




54 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page