top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Pakar Bimbang Ancaman Serangan 'Cyber Armageddon' Jejas Dunia




GLOBAL | Pakar ketenteraan dan siber bimbang konflik Russia-Ukraine boleh membawa kepada tercetusnya serangan 'cyber Armageddon'.

Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 4 Mac 2022 melaporkan kesan serangan itu bukan sahaja mengakibatkan kesan besar kepada orang awam di Ukraine dan Russia ia, tetapi juga di seluruh dunia, melalui kesan 'spillover'.


Bagaimanapun senario yang lebih buruk setakat ini dapat dielakkan, kerana serangan lebih menjurus kesan dan skop geografinya.


Selain itu, syarikat keselamatan siber melihat serangan di Ukraine yang menggunakan virus pemusnah data baharu, yang kesan sebenarnya belum diketahui.


Di Russia, institusi laman web yang dibuat tidak boleh diakses dari luar negara, untuk melindungi mereka daripada serangan penafian perkhidmatan (DOS) yang kerap menyebabkan mereka tidak boleh beroperasi.


Sebelum ini ribuan pengguna internet seluruh Eropah mengalami gangguan perkhidmatan dengan sumber mengatakan ia kemungkinan serangan siber sejurus permulaan serangan Russia ke atas Ukraine.

Menurut Orange, hampir '9,000 pelanggan' perkhidmatan internet satelit yang disediakan oleh anak syarikatnya Nordnet di Perancis tidak mempunyai internet berikutan 'peristiwa siber' pada 24 Februari 2022 di Viasat, pengendali satelit Amerika Syarikat (AS) yang menjadi pelanggannya.

Eutelsat, syarikat induk perkhidmatan internet satelit bigblu, juga mengesahkan kepada AFP pada 4 Mac 2022/Jumaat bahawa kira-kira satu pertiga daripada 40,000 pelanggan bigblu di Eropah, Jerman, Perancis, Hungary, Greece, Itali dan Poland terjejas berikutan gangguan terhadap Viasat.


Sementara itu di AS, Viasat pada Rabu mengatakan 'sebahagian rangkaiannya terganggu' bagi pelanggan di Ukraine dan tempat lain di Eropah yang bergantung pada satelit KA-SATnya.


Bagaimanapun, Viasat tidak memberikan butiran lanjut, hanya mengatakan bahawa 'polis dan rakan kongsi kerajaan' sudah dimaklumkan dan akan 'membantu' siasatan.


Ketua Pusat Arahan Angkasa Perancis, Michel Friedling, berkata telah berlaku serangan siber.


"Selama beberapa hari, sejurus selepas permulaan serangan, rangkaian satelit yang secara umum meliputi Eropah dan Ukraine, menjadi mangsa serangan siber, dengan puluhan ribu terminal tidak berfungsi serta-merta selepas serangan itu," katanya, sambil merujuk rangkaian awam, Viasat.


25 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page