top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Pokok Kurma Boleh Hidup Di Malaysia!


Foto Sumber: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan


Tanaman kurma sinonim dengan padang pasir atau Arab. Namun jarang-jarang kita saksikan tamanan ini hidup di bumi Malaysia.


Nama saintifnya adalah Phoenix dactylifera dikatakan kemungkinan tanaman ini berasal dari Teluk Persia yang mungkin hisup membiak sejak zaman kuno.


Dalam perkembangan ini Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan di Facebooknya pada 17 Jun 2021 berkata salah satu daripada enam batang pohon kurma yang ditanam di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan sedang berbuah sulung.



Foto Sumber: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan


Katanya pokok-pokok kurma ini mula ditanam pada penghujung tahun 2008, semasa al-Fadhil Dr. Sarafuddin Aisa Haji Osman menjadi Imam Besar.


"Pada asalnya pokok-pokok ini adalah sumbangan jemaah kami yang dikasihi, dan setelah 13 tahun akhirnya mula mengeluarkan hasil.


"Suruh keluarga besar Masjid Negeri bersyukur atas nikmat ini. Melihat buah-buahnya sedikit sebanyak menggamit memori umrah dan ziarah sewaktu berkunjung ke ladang-ladang kurma di ‘Awali, Madinah," katanya.


Berikut adalah cara untuk menanam kurma menggunakan biji

1. Bersihkan biji kurma. Cuci dengan air bersih sampai hilang sisa-sisa daging kurma. Kemudian jemur sebentar sampai kering.


2. Kemudian ambil air bersih. Rendam biji kurma tersebut selama 4-6 hari, tiap hari air diganti.


3. Setelah enam hari biji kurma siap disemai, siapkan satu siung bawang merah, giling, kemudian rendam seluruh biji kurma tadi dengan air yang dicampur bawang selama satu jam.

4. Siapkan bekas yang sesuai, gunakan alas tisu, kemudian tisu dibasahi sedikit.


5. Susun biji kurma dalam kedudukan sesuai.


6. Tutup kemudian tempatkan di tempat yang tidak terkena sinar matahari..seminggu kemudian biji kurma akan bercambah.


7. Siapkan media tanaman, polibeg dengan komposisi 1. Sekam, 2. Kompos, 3. Tanah, campurkan.. Masukkan ke polibeg.


8. Masukkan tunas kurma tersebut kedalam polibeg dengan posisi hujung tunas yang dimasukkan ke dalam tanah. Letakkan polibeg di tempat teduh. Kemudian tunggu dan jaganya setiap hari.


Foto Sumber: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan

Sumber Info Penanaman Kurma: Haba Tani

11 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page