top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Porsche Labur RM316 Juta Misi Angkasa Lepas


Foto Sumber: Wallpaper Fare


INOVASI | Pembuat kereta jenama mewah, Porsche mengesahkan penyertaan dalam perlumbaan angkasa lepas selepas membuat pelaburan AS$75 juta (RM316 juta) kepada syarikat Jerman.


Perkembangan terkini itu sekali gus bakal menjadi pesaing terdekat kepada kapal angkasa lepas Blue Origin, SpaceX dan Virgin Galactic, lapor Daily Mail.


Ahli Lembaga Pengarah Porsche, Lutz Meschke berkata, sebagai pelabur yang memfokuskan kepada teknologi pergerakan dan industri, pihaknya yakin akses ke ruang angkasa lepas yang lebih jimat dan fleksibel mampu menjadi pencetus inovasi dalam banyak sektor industri.


Jelasnya, menerusi Isar Aerospace, pihaknya melabur dalam sebuah syarikat yang memiliki kedudukan yang baik untuk memantapkan diri sebagai pengeluar kenderaan pelancaran terkemuka di Eropah.

Dia malah melihat perkembangan pesat firma roket itu sebagai sangat mengagumkan.


“Pembiayaan itu akan membolehkan kapal angkasa itu meneroka lebih jauh dalam pelancaran, pengujian dan infrastruktur pembuatan untuk operasi roket dan komersial automatik.


“Angkasa lepas akan menjadi platform teknologi utama bagi kebanyakan industri di seluruh dunia daripada sektor automotif hingga telekomunikasi,” katanya.


Syarikat roket yang bertapak di Ottobrunn, Isar Aerospace membangunkan dan menguruskan pelancaran kenderaan yang dirancang bagi membawa satelit ke orbit mengelilingi bumi.


Kapal angkasa itu dirancang dilancarkan tahun depan dan mendakwa kenderaan roket ‘Spectrum’ akan menawarkan harga lebih murah dan pelancaran satelit lebih fleksibel.


2 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page