top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Public Mutual Umum Agihan RM235 juta Bagi 13 dana


Public Mutual


Subsidiari milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengisytiharkan agihan lebih daripada RM235 juta kepada 13 dana untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2021.


BERNAMA melaporkan Pengurus dana itu mengumumkan dalam satu kenyataan pada 30 Julai 2021/Jumaat, agihan 4.0 sen seunit untuk Public Islamic Select Bond Fund; 3.75 sen seunit untuk Public Islamic Income Fund; 3.50 sen seunit untuk Public Bond Fund; 2.0 sen seunit untuk Public Bond Fund dan 1.75 sen seunit untuk Public Growth Fund.


Ia juga mengumumkan pengagihan 1.0 sen seunit setiap satu kepada Public Optimal Growth Fund, Public Australia Equity Fund, Public Islamic Select Enterprises Fund dan PB Asia-30 Equity Fund.

Agihan itu turut memberikan 0.5 sen seunit untuk Public Far-East Property and Resorts Fund, Public e-Income Fund dan Public China Select Fund.


Public Mutual adalah syarikat amanah saham swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 160 dana di bawah pengurusannya.


Ia juga penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diiktiraf, menguruskan sembilan dana PRS.


Pada akhir Jun 2021, saiz dana yang diuruskan oleh syarikat itu melebihi RM100 bilion.

1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page