top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Qatar Airways, Air Asia Dinobat Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2022


Sumber Foto: Unsplash


PENERBANGAN | Satu tinjauan mendapati bahawa Qatar Airways dipilih sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia bagi tahun 2022, lapor stesen penyiaran CNN pada 24 September 2022.

Tinjauan tersebut dijalankan oleh syarikat penerbangan dan laman penilaian lapangan terbang yang berpangkalan di Britain, Skytrax.


Ia meninjau pendapat lebih 14 juta pelanggan dari lebih 100 negara antara September 2021 hingga Ogos 2022.


Qatar Airways muncul sebagai kedudukan teratas walaupun sudah memenangi tempat utama itu sebanyak tujuh kali sejak diperkenalkan pada 1999.


Ia selain itu turut merangkul lapan lagi anugerah pada Jumaat lalu termasuk Kelas Perniagaan Terbaik, Tempat Duduk Kelas Perniagaan Terbaik dan Tempat Makan Lounge Kelas Perniagaan Terbaik.



Ketua Eksekutif kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker merakamkan ucapan terima kasih kepada pekerja yang luar biasa kerana dedikasi dan dorongan mereka secara berterusan.



“Anugerah ini lebih menggembirakan apabila dimenangi pada tahun yang sama syarikat kami meraikan ulang tahun ke-25,” katanya.


Selain itu, Singapore Airlines menduduki tempat kedua dalam senarai itu, dan diikuti dengan Emirates, ANA (All Nippon Airways), Qantas Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines, Air France, Korean Air dan Swiss International Air Lines dalam senarai 10 teratas. – Agensi



AirAsia raih anugerah penerbangan tambang rendah terbaik

AirAsia diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13 berturut-turut.


Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata tahun ini terasa lebih istimewa kerana para pengundi terus menyokong syarikat walaupun telah melalui tempoh yang amat sukar berikutan COVID-19.


"Kami akan terus terbang tinggi. Kami telah bertahan, membina semula perniagaan dan kini sedang pulih untuk terus menawarkan lebih nilai dan pilihan kepada semua tetamu kami," kata Tan Sri Tony Fernandes dalam kenyataan media..


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Skytrax Edward Plaisted, berkata AirAsia mentakrifkan semula perjalanan udara dengan tambang rendah di Asia dan walaupun telah menghadapi cabaran pasca-pandemik baru-baru ini, ia terus menjadi pilihan pelanggan.


"Memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-13 adalah satu pencapaian yang menakjubkan dan kami mengucapkan tahniah kepada semua ahli keluarga AirAsia atas pencapaian ini," katanya.


Sebagai anugerah penanda aras global bagi kecemerlangan syarikat penerbangan, Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 menerima undian daripada 14.3 juta pelanggan yang terdiri daripada lebih 100 warganegara yang mengundi lebih 300 syarikat penerbangan dari September 2021 hingga Ogos 2022.



13 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page