top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Ribut Solar Landa Bumi Mampu Ganggu Grid Kuasa, Fenomena Cahaya Utara


Sumber Grafik: Laman Sesawang Space Weather


GLOBAL | Fenomena 'Solar Flare' dijangka melanda Bumi pada 11 - 12 Oktober 2021, ketika pihak berkuasa US National Oceanic and Atmospheric Administration memberi amaran - berpotensi mengganggu grid kuasa dan membawa 'Northern Lights' sejauh selatan ke New York.

Fenomena Cahaya Utara boleh dilihat di beberapa tempat di United Kingdom (UK) pada 11 Oktober 2021 waktu negara itu dan 12 Oktober 2021 ketika ribut solar atau geomagnetik dijangka melanda bumi.


Pejabat Meteorologi UK melaporkan cahaya itu dijangka dapat dilihat di seluruh Scotland, bahagian utara England dan Ireland Utara.


Ribut geomagnetik itu berlaku akibat aktiviti di matahari dan sebelum melanda bumi, ia berada dalam kategori G2, kata Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat (AS).


Kategori itu dianggap berada pada tahap sederhana.

Grafik Sumber: NOAA


Menurut penulis dan ahli astronomi terkenal tentang fenomena Cahaya Utara, Tom Kerss ribut itu dijangka tidak akan menyebabkan berlaku gangguan di UK.


Bagaimanapun gangguan akan berlaku jika ribut solar dengan kekuatan lebih besar melanda bumi seperti yang terjadi kira-kira 150 tahun lalu.


Menurutnya, ribut solar dengan kekuatan lebih besar itu masih belum lagi berlaku di bumi setakat ini.


Fenomena Cahaya Utara itu ialah sinar cahaya yang sering kelihatan pada waktu malam di kawasan altitud tinggi di kawasan utara bumi.


Auroras

Taken by Jónína Óskarsdóttir on October 11, 2021 @ Fáskrúðsfjörður, Iceland - SPACE WEATHER


Ia juga dijangka dapat dilihat pada kadar rendah di New York sehingga ke Wisconcin dan Washington.


Bagaimanapun, menurut ramalan Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas AS, ribut tersebut mungkin menyebabkan turun naiknya grid tenaga dan memberi kesan terhadap penerbangan kapal terbang.


Ribut solar berlaku disebabkan letusan besar api pada matahari.


Solar wind flowing from this growing coronal hole could reach Earth on Oct. 12-13. Credit: SDO/AIA - Foto Sumber: Space Weather


SUMBER BERITA: SKY NEWS/ SPACE WEATHER

100 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page