top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Roket Lama Terhempas Di Bulan, Tiada Siapa Mengaku Pemilik




GLOBAL | WASHINGTON – Sebuah roket yang meluncur di angkasa lepas selama bertahun-tahun terhempas di Bulan pada 4 Mac 2020/Jumaat, namun pelanggaran tersebut tidak dapat disaksikan secara langsung dan masa diperlukan untuk mendapatkan bukti fotografi.

Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 5 Mac 2022/Sabtu melaporkan impak itu dipercayai berlaku pukul 8.25 malam semalam (waktu Malaysia) di kawasan jauh Bulan, kata Bill Gray yang merupakan ahli astronomi pertama meramalkan pelanggaran tersebut.


“Meluncur di angkasa lepas pada kelajuan sekitar 9,300 kilometer sejam, objek seberat 4 tan itu boleh mencetuskan kawah dengan diameter antara 10 meter hingga 20 meter,” kata Gray.


Kelajuan, trajektori dan masa impak roket itu dikira menggunakan teleskop balai cerap.


“Melainkan objek itu dialihkan oleh tangan besar (kuasa Tuhan), ia melanggar Bulan pagi ini (waktu Amerika Syarikat),” jelas Gray.


Dalam perkembangan berkaitan, proses mengenal pasti identiti roket lama itu mencetuskan perdebatan. Ia ekoran sehingga kini, tiada entiti rasmi yang bertanggungjawab menyenaraikan dan mengesan sampah angkasa lepas.


Gray merupakan seorang kontraktor bebas yang menghasilkan perisian pengiraan orbit yang digunakan oleh Pentadbiran Areonautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) . Dia menjejaki serpihan angkasa lepas yang dihasilkan oleh manusia supaya saintis-saintis tidak keliru dan menyangka sampah tersebut adalah asteroid.


Pada awalnya, Gray menyangka objek itu adalah roket SpaceX tetapi menukar fikiran kemudian dan berkata, ia adalah enjin penggalak peringkat ketiga roket Chang’e 5-T1 yang dilancarkan pada 2014.


China bagaimanapun menyangkal dakwaan Gray. Menurut Beijing, enjin penggalaknya ‘selamat’ memasuki atmosfera Bumi dan hangus sepenuhnya.


Namun, Gray berkata, China keliru tentang dua misi angkasa lepas yang mempunyai nama serupa, manakala kenyataan Beijing itu merujuk kepada roket yang dilancarkan lama kemudian.


Walau apa sekali pun, hanya Pengorbit Bulan milik NASA dan kapal angkasa India, Chandrayaan-2, yang kedua-duanya mengelilingi Bulan, boleh merakam gambar kawah tersebut.


Masa antara beberapa minggu hingga berbulan-bulan pula diperlukan bagi tujuan tersebut.


Sementara itu portal berita The Guardian pada 3 Mac 2022 melaporkan Dr Vishnu Reddy, seorang profesor bersekutu di Universiti Arizona yang pasukannya membantu mengenal pasti objek itu, berkata ia menyerlahkan bagaimana sampah angkasa kini melangkaui Bumi, di mana AS sudah menjejaki lebih daripada 27,000 keping serpihan orbital.


"Perkara telah melanda bulan pada masa lalu, tetapi itu adalah kesan yang disengajakan, atau kami cuba mendarat dan terhempas di permukaan," kata Reddy.


"Ini adalah kesan badan roket yang tidak disengajakan."

7 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page