top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Russia Akui Uji Peluru Berpandu Musnahkan Satelit




Russia pada 16 November 2021/Selasa mengakui memusnahkan satu daripada satelitnya ketika melakukan ujian peluru berpandu, namun menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan itu membahayakan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kementerian Pertahanan dilaporkan berkata, pihaknya berjaya melancarkan satu ujian yang memusnahkan kapal angkasa Russia, Tselina-D yang berada di orbit sejak 1982, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.


Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu, kemudian berkata ujian itu menggunakan sistem yang dapat mengenai sasaran dengan 'tepat.'


"Serpihan yang terhasil itu tidak memberi sebarang ancaman kepada aktiviti angkasa," katanya menurut laporan agensi berita Russia.


Pada 15 November 2021/Isnin, pegawai AS menuduh Russia melakukan tindakan 'berbahaya dan tidak bertanggungjawab' kerana ia menghasilkan 'awan serpihan' sehingga kru di ISS terpaksa mengambil langkah untuk mengelaknya.


Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, dipetik mendakwa keadaan berbahaya masih belum berakhir, malah serpihan terbabit akan terus mengancam satelit dan aktiviti di ISS.


Pada 16 November 2021/Selasa, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg pula menyifatkan ujian peluru berpandu itu sebagai tindakan 'melulu' dan 'membimbangkan'.


"Ia menunjukkan Russia sedang membangunkan sistem senjata baharu yang boleh menembak jatuh satelit," katanya pada mesyuarat dengan menteri-menteri pertahanan Kesatuan Eropah (EU).


Namun, tentera Russia menjelaskan pihaknya melaksanakan aktiviti dirancang bagi memperkukuh keupayaan pertahanannya, sekali gus menafikan bahawa ujian itu adalah berbahaya.


"AS mengetahui dengan pasti bahawa serpihan yang terhasil, dari segi masa ujian serta parameter orbital, tiada dan tidak akan memberi sebarang ancaman terhadap stesen orbital, kapal angkasa serta aktiviti angkasa," dakwanya.






Fakta Berkenaan Tselina-D (11F619)


Tselina-D (11F619) ialah salah satu komponen sistem satelit Tselina ELINT dua satelit. Tselina-D menyediakan pemerhatian terperinci sumber radio yang dikesan oleh satelit Tselina-O yang lebih kecil.


Pembangunan bermula pada tahun 1960-an, membawa kepada pelancaran pertama pada tahun 1970. TsNII-108 GKRE (Zaslavskiy) membangunkan muatan manakala V M Kovtunenko dari Yuzhnoye/OKB-586 membina satelit dan kenderaan pelancar. Masalah yang berterusan menghalang sistem daripada beroperasi sebelum tahun 1976.


Selepas persaraan komponen Tselina-O, Tselina-D mengambil alih fungsi pengawasan ELINT am pada tahun 1984. Percubaan pelancaran terakhir dalam siri ini berlaku pada tahun 1994, apabila Tselina-D digantikan oleh satelit Tselina-2 yang lebih baik, yang telah dilancarkan sejak pertengahan 1980-an.


Kapal angkasa Tselina-D dan -O dikendalikan secara serentak untuk menyediakan pengawasan dan pemerhatian terperinci serta klasifikasi pemancar radio. Data yang direkodkan disimpan di atas kapal dan dibuang ke stesen tanah di USSR.


Satelit Tselina-D dikendalikan dalam enam satah orbit, dengan jarak 30°. Pada penghujung penggunaan sistem, rejim orbital telah dikurangkan kepada tiga satah orbit pada jarak 60 darjah, melengkapkan buruj Tselina-2 dalam empat satah orbit altitud yang lebih tinggi dengan jarak 40 darjah.


Pemerhati Barat Kumpulan Kettering dapat memantau status satelit Tselina-D melalui suar gelombang berterusan mereka yang beroperasi pada 153 MHz.


Kosmos 1408 (Tselina-D #38), yang dilancarkan pada September 1982, telah dimusnahkan semasa ujian senjata ASAT kinetik Rusia pada 15 November 2021, menghasilkan awan serpihan yang besar.



Maklumat Lanjut:


1. Tselina-D (11F619, Ikar)

7 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page