top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Saksikan Fenomena Hujan Meteor Quadrantids Mulai 26 Dis




Fenomena Hujan Meteor Quadrantids ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan 2003 EH1.

Sebahagian daripada asteroid ini terurai menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan keretakan haba yang kuat dan seterusnya terserak ke dalam laluan orbitnya.


Asteroid dengan kelebaran 3km ini mengambil masa kira-kira 5.5 tahun untuk mengorbit mengelilingi Matahari.


Perkataan Quadrantids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Quadrans Muralis, sebuah buruj yang bukan lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan buruj moden.


Kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai buruj Bootes dan hujan meteor ini turut dinamakan sebagai Bootids. Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.


Kebanyakan kemuncak hujan meteor berlaku selama kira-kira dua hari tetapi kemuncak hujan meteor Quadrantids hanya berlaku dalam beberapa jam sahaja kerana Bumi melintasi aliran zarah yang nipis tersebut secara bersudut serenjang (tegak lurus).


Quadrantids juga terkenal dengan meteor bola api (fireball) yang terang.





𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:

*𝗭𝗲𝗻𝗶𝘁𝗵𝗮𝗹 𝗛𝗼𝘂𝗿𝗹𝘆 𝗥𝗮𝘁𝗲 (𝗭𝗛𝗥) adalah ukuran kadar penghasilan meteor yang dinyatakan sebagai bilangan meteor yang dapat dilihat dalam satu jam dalam keadaan langit yang sempurna. Secara praktikal, bilangan meteor yang dapat dilihat adalah kurang daripada ZHR.


*𝗕𝗼𝗼𝘁𝗲𝘀 atau dikenali sebagai Gembala atau Pembajak ialah sebuah buruj di langit utara. Sekumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan gembala atau pembajak.


*𝗔𝘀𝘁𝗲𝗿𝗼𝗶𝗱 merupakan satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, ter-utama¬nya di antara orbit Marikh dan Musytari.


*𝗕𝗼𝗹𝗮 𝗮𝗽𝗶 (𝗳𝗶𝗿𝗲𝗯𝗮𝗹𝗹) adalah letupan cahaya dan warna yang lebih besar yang boleh bertahan lebih lama berbanding dengan jalur meteor biasa kerana terhasil daripada zarah yang lebih besar. Bola api juga lebih terang dengan magnitud kecerahan lebih daripada -3.




.

𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡

✅https://www.timeanddate.com/.../meteor.../quadrantids.html

✅https://earthsky.org/.../everything-you-need-to-know.../

✅https://solarsystem.nasa.gov/.../quadrantids/in-depth/


Sumber Tulisan : Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

.

3 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page