top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Saksikan Hujan Meteor Orionids 21-22 Oktober



Orang ramai di negara ini berpeluang menyaksikan hujan meteor yang dijangka berlaku kemuncaknya pada 21-22 Oktober 2021.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di laman Facebooknya menyatakan hujan Meteor Orionids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj ๐—ข๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐—ป, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.


Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ ๐Ÿญ๐—ฃ/๐—›๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฒ๐˜† atau dikenali sebagai Komet Halley.


Komet Halley dianggarkan mengambil masa selama 75 hingga 76 tahun untuk melengkapkan orbitnya.


Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya berserakan dan membentuk laluan dipenuhi dengan sisa-sisa ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ tersebut.


Sumber Grafik : MYSA


Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.


Dalam grafik yang dipaparkan MYSA menyatakan semasa kemuncak fenomena itu dianggarkan kira-kira 10 sehingga 20 meteor dapat dilihat di langit dalam sejam.


Jadi apa lagi jom saksikan keindahan langit Malaysia.


Sumber Grafik: MYSA



Nota kaki:

* ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ merupakan pepejal gabungan antara batuan, debu dan ais dan debunya boleh berserakan apabila mengorbit mendekati matahari.


* ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜ ๐Ÿญ๐—ฃ/๐—›๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฒ๐˜† adalah komet jangka pendek yang dapat dilihat dengan mata kasar dari Bumi setiap 75 - 76 tahun dan satu-satunya komet sedemikian yang mungkin dapat muncul dua kali dalam seumur hidup manusia. Halley kali terakhir muncul di bahagian dalaman Sistem Suria pada tahun 1986 dan ia akan muncul kembali pada pertengahan tahun 2061.


* ๐—ข๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐—ป atau dikenali sebagai Belantik ialah sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti pemburu.

9 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page