top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Satelit Komunikasi MEASAT-3d Dibina Airbus Sedia Dilancar 22 Jun


Sumber Foto : Airbus Space


Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana Perancis dan sedia untuk dilancarkan dengan menaiki Ariane 5 pada 22 Jun 2022.

Syarikat itu dalam kenyataan media pada 14 Jun 2022 berkata, MEASAT-3d adalah satelit E3000 ke-57 yang dibina oleh Airbus dan akan diletak pada slot orbit 91.5°E bergandingan dengan MEASAT-3b, yang juga dibina oleh Airbus.


Satelit baru ini akan membantu mempertingkatkan tahap kelajuan jalur lebar dengan signifikasi mencapai hingga 100 Mbps di kawasan tanpa rangkaian atau dengan tahap rangkaian terhad di seluruh Malaysia sambil terus membekalkan lebihan dan kapasiti tambahan bagi penyampaian video HD, 4K, dan akhirnya 8K di rantau Asia-Pasifik.


Ketua Satelit Telekomunikasi di Airbus, Francois Gaullier berkata: "MEASAT-3d dibina berasaskan kepada platform satelit Eurostar kami yang amat dipercayai, yang turut merangkumi siri E3000 yang terkini, dengan sejumlah 58 buah satelit kini berada di orbit kami telah mencatatkan kejayaan beroperasi selama lebih 1000 tahun.


"MEASAT adalah pelanggan utama kami dan kami menantikan akan detik di mana teknologi satelit canggih ini akan menyokong dan memacu perniagaan mereka di masa hadapan."


Katanya, selain dari memiliki kapasiti jalur C dan Ku untuk DTH, pengedaran video dan perkhidmatan telekomunikasi, ia juga turut menampilkan


(i) Misi Jalur-Ka HTS dengan pancaran titik berbilang pengguna yang dioptimumkan untuk menyampaikan komunikasi jalur lebar berkelajuan tinggi ke seluruh Malaysia dengan matlamat untuk merapatkan jurang perbezaan keupayaan digital dalam negara; dan


(ii) keupayaan jalur Q/V, yang pertama seumpamanya di rantau Asia-Pasifik, yang akan membolehkan MEASAT mengkaji kesan pertumbuhan dan pembiakan di rantau yang menerima kadar hujan yang tinggi seperti Malaysia, dan akan menjadi rujukan dalam pembangunan reka bentuk satelit generasi seterusnya.


Satelit ini juga akan turut menempatkan muatan navigasi Jalur-L bagi Korea Augmentation Satellite System (KASS) untuk KTSAT.


Dirancang untuk beroperasi selama lebih dari 19 tahun, MEASAT-3d telah direka untuk memiliki keupayaan kuasa elektrik sebanyak 12kW pada penghujung hayatnya.


Berikut adalah kenyataan media :

57th Eurostar E3000 geostationary satellite built by Airbus


MEASAT-3d is equipped with C, Ku, Ka, Q/V and L-bands


Toulouse, 14 June 2022 – The Airbus built MEASAT-3d telecommunications satellite is in Kourou, French Guiana and is ready for its launch on an Ariane 5 on 22 June 2022.


MEASAT-3d is the 57th E3000 satellite built by Airbus and will be positioned at the 91.5°E orbital slot and collocated with MEASAT-3b, also built by Airbus.


This new satellite will significantly enhance broadband speeds of up to 100 Mbps in areas with limited or no terrestrial connectivity throughout Malaysia while continuing to provide redundancy and additional capacity for video distribution in HD, 4K, and ultimately 8K in the Asia-Pacific region.


Francois Gaullier, Head of Telecom Satellites at Airbus said: “MEASAT-3d is based on our highly reliable Eurostar satellite platform, including the current E3000 series, with 58 in orbit which have notched up more than 1000 years of successful operations.


MEASAT is a key customer for us and we are looking forward to this advanced spacecraft supporting their future business."


Apart from having C and Ku-bands capacity for DTH, video distribution and telecommunication services, it also features (i) a HTS Ka-band mission with multiple user spot beams optimized to deliver high speed broadband communications over Malaysia to bridge the digital divide in the country; and


(ii) a Q/V band payload, first of its kind in the Asia-Pacific region, allows MEASAT to study the propagation effects in high rainfall regions like Malaysia, to enable the design of its next generation satellites.


The satellite also carries an L-band navigation hosted payload for the Korea Augmentation Satellite System (KASS) for KTSAT.


Planned for more than 19 years of operation, MEASAT-3d is designed to have electrical power of 12kW at end of life.

15 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page