top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Satelit NASA Rakam Keadaan 'Luar Biasa' Padang Pasir Arab Saudi 'Menghijau'


Sumber Foto : Arabia Weather



Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakamkan keadaan luar biasa kawasan padang pasir di beberapa wilayah di barat Arab Saudi yang kini 'menghijau'.

Laman sesawang www.arabiaweather.com pada 3 Januari 2023 melaporkan sejak Disember 2022, beberapa bahagian di Riyadh menyaksikan kerpasan (hujan, hujan batu dan salji yang terhasil daripada pemeluwapan wap air) pada kadar yang hampir berterusan.


Jelasnya keadaan itu berlaku untuk tempoh yang lebih panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.


Keadaan itu mengakibatkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di barat Saudi dan hujan lebat berterusan serta luar biasa menyebabkan kawasan gurun di Makkah dan Madinah mula menghijau.


Imej menakjubkan itu turut dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU).


Berikut adalah foto yang dikongsikan Arabia Weather :



(Green spaces west of Medina)



(Taif Heights)



(A recent photo (2023) of the green spaces in the Makkah region)



(A previous picture of the normal situation in the region, which is devoid of green spaces - Makkah region)



Berikut ialah pemandangan menakjubkan ruang hijau di kawasan Jeddah, Makkah Al-Mukarramah dan Al-Madinah Al-Munawwarah, melalui satelit Sentinel-2 daripada program pemerhatian Bumi Eropah Copernicus - (Sumber: akaun “Climate Extremes”):









Berikut adalah foto dimuat naik di media sosial oleh Mohammad Al Hothaly menerusi Twitter keadaan di kawasan Makkah pada 9 Januari 2023










Berikut adalah suasana keretapi laju menghubungkan Makkah dan Jeddah dengan suasana latar belakang pemandangan hijau. 📷 @adel_lens | Twitter









123 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page