top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Superkomputer Ramal Man City Juara EPL?




TEKNOLOGI | Superkomputer meramalkan Manchester City bakal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris manakala Norwich akan kembali ke Liga Kejuaraan/


Arsenal pula masih belum berupaya menempatkan diri dalam kelompok empat teratas dan terpaksa melupakan Liga Juara-Juara sekali lagi, lapor AGENSI pada 3 Ogos 2021.


Bagi Chelsea pula - kejayaan di pentas Eropah musim lalu bakal disusuli dengan gelaran dalam kejuaraan domestik musim ini.


Liverpool dijangka akan terus menghuni tangga ketiga liga, manakala Spurs dan Leicester bersama Arsenal di luar kelompok kelayakan Liga Juara-Juara.


Perkiraan itu dibuat oleh superkomputer laman judi yang turut meramalkan Manchester United juga bakal tercicir daripada persaingan kejuaraan walaupun diperkuat Jadon Sancho dan Raphael Varane musim ini.

Di kelompok bawah pula, Norwich, Watford dan Brentford dijangka akan kembali ke Liga Kejuaraan.


"Manchester City dilihat sebagai calon kejuaraan sekali lagi, jadi tidak mengejutkan jika ia juga menjadi pilihan superkomputer.


"Chelsea, selepas kejayaan di Liga Juara-Juara musim lalu, dijangka menjadi pencabar utama City, manakala Liverpool dan Manchester United melengkapkan kelompok empat teratas.

5 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page