top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Taufan Shaheen Kelajuan Angin Hingga 150km/j Badai Oman, Iran


Foto Sumber: Acu Weather


GLOBAL | Taufan Shaheen yang membadai beberapa kawasan di Iran dan Oman menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan terkorban setakat 4 Oktober 2021/Isnin.

Taufan berkenaan melanda kawasan persisr pantai negara itu dengan kelajuan angin antara 120 hingga 150 km/j menyebabkan ribuan penduduk di kawasan tepi pantai telah dipindahkan di Oman.


Menurut perkhidmatan meteorologi tempatan, Shaheen diturunkan kategorinya kepada ribut tropika selepas mendarat sementara dilaporkan kebanyakan kawasan di pusat bandar Muscat pula ditenggelami air.


Di Iran, pihak berkuasa memaklumkan sekurang-kurangnya enam terkorban di Sistan-Baluchestan, sebuah bandar pelabuhan.


Agensi berita rasmi negara itu melaporkan beberapa infrastruktur elektrik serta jalan raya alami kerosakan teruk akibat taufan berkenaan.


Grafik Sumber: Acu Weather


Di Oman, antara mangsa korban termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan lemas akibat banjir.


Banjir berkenaan turut mengelamkan kereta di kawasan ibu kota Muscat, dan pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk untuk kekal di rumah.


Semua penerbangan dari dan kepada Muscat juga dibatalkan.


Penduduk Al-Ain di Arabiyah Arab Bersatu (UAE) berdekatan dengan sempadan Oman, diarah untuk kekal di rumah dan elak keluar kecuali dalam keadaan kecemasan.

6 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page