top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Tentera AS, Russia kekal miliki pasukan militer terkuat di dunia



KETENTERAAN | Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kedudukan sebagai negara yang memiliki pasukan tentera terkuat di dunia, dengan diikuti oleh Russia yang berada di tempat kedua.

Menurut data dikeluarkan laman web pengesan maklumat pertahanan, Global Firepower (GFP), daripada 145 buah negara dalam senarai tersebut, Ukraine naik tujuh anak tangga kepada tempat ke-15 berbanding 22 tahun lalu, di tengah-tengah konflik dengan Russia.


“Ketika Ukraine meneruskan pertahanan daripada serangan Russia, ia meningkatkan skor indeks GFP untuk tahun semasa hasil daripada tindak balas, sokongan kewangan dan material dari Barat serta pengenalan kategori utama baharu yang memberi manfaat kepada kedudukan keseluruhannya dalam senarai, ” kata laporan itu.


GFP menganalisis kekuatan ketenteraan sesebuah negara dengan menilai berdasarkan faktor seperti jumlah senjata yang dimiliki, kedudukan perbelanjaan kewangan dan keupayaan logistik.


Nilai indeks terbaik adalah pada 0.000, di mana menurut GFP, secara realistik, ia amat sukar dicapai.


Berdasarkan senarai tersebut, AS mempunyai nilai indeks sebanyak 0.0712, manakala Russia adalah 0.0714.


China menduduki tempat ketiga dengan memperoleh mata sebanyak 0.0722 dan diikuti dengan India di tempat keempat (0.1025) , Britain (0.1435), Korea Selatan (0.1505), Pakistan (0.1694), Jepun (0.1711), Perancis (0.1848) dan Itali (0.1973).


Sepuluh buah negara yang menduduki senarai tercorot ialah Bhutan di tangga ke-145, Benin (144), Moldova (143), Somalia (142), Liberia (141), Suriname (140), Belize (139), Sierra Leone (138), Iceland (137) dan Republik Afrika Tengah (136).

4 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page