top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Tentera Russia Kedua Terkuat Di Dunia, AS Masih Diduduki Tangga Pertama



ANALISIS | Senarai kekuatan ketenteraan dunia 2022 mendedahkan bahawa Russia mempunyai angkatan tentera kedua paling kuat dan berkuasa di bumi menurut kajian laman web statistik, Global Firepower.

Russia dilaporkan dianggar memiliki 1.35 juta tentera dengan 850,000 dikategorikan aktif 250,000 paramiliter dan 250,000 lagi tentera simpanan.


Kajian itu juga mendedahkan Russia mempunyai 4,173 pesawat udara yang terdiri antaranya 772 dikategorikan pesawat pejuang/pemintas dan 739 pesawat penyerang manakala 445 pesawat pengangkut manakala 544 adalah helikopter penyerang.


Bagi kekuatan tentera darat, dilaporkan Russia memiliki 12,420 kereta kebal, manakala 30,122 kenderaan armor.


Tangkap layar laporan Global Firepower berkenaan kekuatan tentera Russia 2022.


Tinjauan pertahanan secara tahunan ke atas 140 negara itu menyusun kedudukan kuasa tentera daripada yang paling berkuasa hingga paling lemah.


Dalam pada itu Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga teratas senarai Global Firepower dengan diikuti rapat oleh Russia di tangga kedua.


Tangkap layar laman sesawang Global Firepower berkenaan kekuatan tentara Amerika Syarikat 2022

Menurut senarai berkenaan, data itu dibina berdasarkan lebih 50 faktor berasingan untuk menentukan markah kekuatan sesebuah negara termasuk kategori ketenteraan, kewangan, keupayaan logistik dan geografi.


AS tersenarai di tempat pertama dengan skor indeks kuasa 0.0453. Ia dilihat tidak mengejutkan kerana negara itu mempunyai bajet pertahanan yang besar sebanyak AS$700 bilion (RM2.94 trilion) pada 2020, lapor laman HITC.com.


Russia diberi skor 0.0501 dan dianggap mempunyai sekitar 900,000 anggota tentera yang aktif.


Pasukan tentera China pula mempunyai anggaran dua juta anggota tentera yang aktif dan diiktiraf untuk tenaga kerjanya serta mendapat tempat ketiga.



Tangkap layar laman sesawang Global Firepower berkenaan kekuatan tentara China 2022

Britain ketinggalan di belakang pada tempat kelapan dengan India dan Perancis masing-masing menduduki tempat keempat dan ketujuh.


Brazil pula berjaya menduduki senarai sepuluh teratas, manakala Ukraine gagal mencapai 20 negara teratas dengan kedudukan di tempat ke-22.


Manakala Malaysia berada di kedudukan ke-48 dunia.


Tangkap layar laman sesawang Global Firepower berkenaan kekuatan tentara Malaysia 2022

Berikut adalah senarai 10 negara yang memiliki tentera terkuat dunia pada 2022 menurut kajian dan analisis GlobalFirepower2022. Sumber Grafik: GlobalFirepower




27 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page