top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Tip Selamat Pembelian Dalam Talian




KES penipuan atas talian semakin meningkat mutakhir ini. Mengikut statistik yang diumumkan di Parlimen pada 14 Mac 2022 menyatakan sebanyak 51,631 kes membabitkan jenayah dalam talian dengan kerugian lebih RM1.6 bilion direkodkan bagi tempoh 2019 hingga 2021.

Sementara pembelian dalam talian merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 18,857 kes diikuti pinjaman tidak wujud dengan 15,546 kes.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperincikan statistik kes penipuan pembelian dalam talian bagi tempoh 2019 hingga 2021 menyatakan seramai 23,349 penahanan dibuat terhadap individu yang terbabit dalam kes jenayah dalam talian dengan 16,029 pertuduhan dilakukan di mahkamah.


Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan keselamatan dalam pembelian dalam talian :


1. Guna Aplikasi e-dagang Yang Sediakan Perlindungan Pembeli

Laman e-dagang yang sudah terkenal atau dikenali mempunyai polisi ketat dalam perlindungan hak pengguna dan sebarang kesilapan atau kerosakan barangan, pengguna boleh mengemukakan tuntutan dan mendapat gantian atau pengembalian wang.


Ia adalah 'Golden Rules' untuk setiap pengguna yang mahu membeli sebarang produk, barangan atau apa saja secara atas talian bagi memastikan transaksi mereka selamat dan terjamim



2. Guna Pembayaran Atas talian Hanya Di Laman Selamat

Selain daripada menggunakan platform laman dagang dikenali, pengguna juga perlu memastikan setiap transaksi secara atas talian menggunakan laman web selamat yang sudah mempunyai perlindungan data sensitif pengguna.


Pengguna perlu memastikan bahawa setiap transaksi berkenaan menggunakan sambungan data terkod atau enkripsi yang digunakan seperti 'Secure Sockets Layaer (SSL) dan menggunakan laman web URL 'https'.


Secara asasnya, SSL menyulitkan data supaya maklumat berkenaan tidak dapat dibaca oleh pihak ketiga yang cuba untuk melakukan rakaman pemindahan data.


3. Baca Pendapat Pembeli Terdahulu Berkenaan Penjual

Pengguna mungkin sering terlepas pandang dengan perkara ini apabila hanya melihat kepada produk yang ingin dibeli tanpa melakukan sedikit kajian berhubung reviu pembeli terdahulu dengan penjual berkenaan.


Setiap pembeli semestinya mempunyai pengalaman mereka tersendiri dan mereka akan berkongsi pengalaman berurusan dengan penjual berkenaan.


Secara keseluruhannya, pengguna boleh membuat rangkuman berhubung maklum balas negatif atau positif sebelum membuat keputusan untuk membeli dengan penjual terbabit atau mencari penjual lain yang lebih meyakinkan.


Pembeli juga kebiasaannya lebih selesa dengan penjual yang menguruskan penghantaran barangan yang pantas dan ia memberi mata bonus buat penjual.


Bagaimanapun, jika pengguna menghadapi pengalaman buruk ketika berurusan dengan penjual atau tidak mendapat produk sepatutnya, kemukakan aduan menerusi laman dagang terbabit dan anda berhak untuk mendapat perlindungan sehingga kepada pengembalian wang.


4. Berhati-hati Dengan Tawaran Harga Terlampau Murah & Meragukan

Mana-mana e-kedai yang memaparkan harga terlampau rendah adalah mencurigakan, kerana ini merupakan taktik yang sering digunakan penjual barangan tiruan. Contohnya, jika harga sebuah telefon yang baru dilancarkan adalah RM3,000, adalah mustahil untuk penjual meletakkan harga di bawah RM500. Ini adalah petunjuk awal penipuan.


Jadi buat semakan dan kajian dahulu sebelum memutuskan sebarang pembelian.


5 . Ketahui Hak Pengguna

Justeru, pengguna dinasihat peka dengan tanda amaran yang membawa kepada penipuan, antaranya seperti peniaga menyembunyikan identiti diri dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat atau menutup ruangan komen di laman jualan.


Pengguna juga disaran merujuk panduan menjalankan transaksi dikeluarkan KPDNHEP.


Secara ringkas, pengguna memiliki lapan hak yang boleh dituntut, iaitu hak terhadap keperluan asas, keselamatan, maklumat, pilihan, ganti rugi, pendidikan pengguna, alam sekitar yang sihat dan selamat serta hak untuk bersuara.


Setiap lapisan masyarakat perlulah prihatin dengan hak pengguna termasuklah kanak-kanak dan remaja di bangku persekolahan.


Info Tambahan :

Di laman web Tezla: https://www.tezla007.com/ disediakan platform sehenti untuk memudahkan pengguna membeli-belah secara dalam talian bersama tawaran diskaun serta baucar daripada jenama hebat dan terkenal.


Hanya KLIK LINK :


Boleh layari Tezla Shop di:



Boleh jadi follower untuk kedai saya...terima kasih...



Laman Sesawang Pembelian Online Terkenal:





5. ASONE MOBILE: https://invol.co/cl9xzi9



Laman Sehenti Untuk Baucar Dan Diskaun:


Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua. Kongsi-kongsikan supaya semua dapat manfaat. Terima Kasih


Laman web Tezla: https://www.tezla007.com/




12 lihatan0 komen
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page