top of page
  • Writer's pictureMohd Ezli Mashut

Turki Temui Gas Asli Terbaharu 135 Bilion Padu, Rancang Pengeluaran 2023


Grafik Sumber: Anadolu News


GLOBAL | Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengumumkan penemuan simpanan gas asli terbaru di Laut Hitam serta merancang untuk memulakan pengeluaran pada tahun 2023.


Syarikat tenaga negara Tpao menjumpai 135 bilion meter padu gas di telaga lepas pantai Amasra-1, menjadikan jumlah deposit yang ditemui sepanjang tahun lalu menjadi 540 bilion meter padu, kata Erdogan dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen dari kota pesisir Laut Hitam, Zonguldak.


Pada 2020, Turki mengumumkan menemui 405 bilion kubik meter padu simpanan gas asli di wilayah Laut Hitam Sakarya, kira-kira 100 batu nautika di utara pantai negara itu..


Jika gas terbabit dapat diekstrak secara komersial, penemuan itu dapat membantu Turki mengurangkan kebergantungan terhadap import sumber tenaga dari negara seperti Russia, Iran dan Azerbaijan.


Agensi Berita Antarabangsa Bloomberg melaporkan Turki tmeningkatkan penggalian minyak dan gas di pesisir negera itu dalam beberapa tahun terakhir.


Erdogan memberikan harapan penemuan tenaga baru-baru ini sebagai penyelesaian kepada beberapa kelemahan ekonomi jangka panjang Turki, termasuk bil import tenaga yang perlu dibayar dalam mata wang asing.

Turki pada masa ini mengimport hampir keseluruhan 50 bilion meter padu gas yang digunakannya setiap tahun.


Pegawai menjangkakan pengeluaran dalam negeri akan meningkatkan permintaan gas negara sebanyak 60 peratus, hingga 80 juta meter padu per tahun menjelang 2030.


Penemuan juga diharapkan membolehkan Turki mengimport gas yang lebih murah dan mengurangkan bil tenaga tahunan tahunan sekitar $ 44 bilion.

Sebelum ini, Erdogan mengarahkan kerja penerokaan semula sumber tenaga di luar pantai selatan Turki berhampiran Pulau Greece yang menjadi pertikaian di perairan timur Mediterranean.


Isu berkenaan mencetuskan kontroversi antara Ankara dan Athens, Cyprus dan Kesatuan Eropah (EU) dan memburukkan lagi ketegangan dengan Perancis yang bertindak meningkatkan kehadiran tentera mereka di rantau terbabit.

1 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page